Perbezaan antara semakan "Kongres India Malaysia"

k (Membalikkan suntingan oleh KerajaanMalaysiaLembab (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri)
 
==Sejarah==
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada [[Ogos]] [[1946]] oleh John A. Thivy dan [[Janaky Athi Nahappan]].
 
MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, [[Kuala Lumpur]]. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.
 
Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.
 
==Presiden MIC==
245,304

suntingan