Imam Muda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
→‎Ranking: rujukan?
Ibensis (bincang | sumb.)
Baris 14:
Manakala Imam Muda musim ke-2, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza atau lebih dikenali sebagai Hassan, 26 tahun, telah dinobatkan sebagai juara program realiti pencarian Imam Muda musim kedua selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26 tahun, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah pada Julai 2011.
 
Kemenangan tersebut melayakkan Mohd Hassan Adli Yahaya membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di [[Universiti Antarabangsa Al-Madinah]], kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu. Mohd Hassan Adli Yahaya juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.
 
Nazrul Izwan Zolkiflee menerima biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Nazrul Izwan Zolkiflee dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.