Marin Diraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 38:
'''Kor Marin Diraja''' ('''Royal Marine Corps'''), atau '''Royal Marines''' ('''RM'''), adalah [[Marin (tentera)|kor marin]] dan [[infantri]] [[Peperangan amfibia|amfibia]] dalam [[United Kingdom]], dan membentuk sebahagian daripada [[Perkhidmatan Laut (United Kingdom)|Perkhidmatan Laut]] (bersama-sama dengan [[Tentera Laut Diraja]] dan organisasi yang berkaitan). Marin Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1755 sebagai infantri marin bagi Tentera Laut Diraja. Walau bagaimanapun, asal-usulnya dikesan dari pembentukan "Rejimen maritim askar berjalan kaki Duke of York dan Albany" di dalam [[Kompeni Artileri Kehormat]] pada 28 Oktober 1664.
 
Marin Diraja adalah pasukan maritim, amfibia, [[infantri ringan]] khas pasukan [[komando]]. Mereka mampu digerakkan dalam masa yang singkat bagi menyokong tentera [[Kerajaan United Kingdom]] dan objektif diplomatik di luar negara. Marin Diraja disusun menjadi briged infantri ringan ([[Briged 3 Komando]]) dan beberapa unit yang berasingan seperti [[Perkhidmatan Bot Khas]], [[Grup 1 Tempur Marin Diraja]], [[Grup Perlindungan Armada Marin Diraja]] (sebelum ini dikenali Grup Comacchio), dan sebuah kompeni dalam [[Grup Gerak Khas]]. Kor ini beroperasi dalam semua persekitaran dan iklim, walaupun kepakaran dan latihan tertentu dikhaskan untuk [[peperangan amfibia]], [[peperangan artik]], [[peperangan gunung]], [[peperangan ekspedisi]], [[Pasukan Aturgerak Cepat]] dan menyokong [[Pasukan elitoperasi khas]].
 
Disepanjang sejarahnya, Marin Diraja sering terlibat dalam beberapa peperangan besar disamping [[Tentera Darat British]] - termasuk [[Perang Tujuh Tahun]], [[Perang Napoleon]], [[Perang Krimea]], [[Perang Dunia I]] dan [[Perang Dunia II]]. Sejak kebelakangan ini Kor tersebut sebahagian besarnya telah digunakan dalam peranan [[peperangan ekspedisi]] ​​seperti [[Perang Falkland]], [[Perang Teluk]], [[Perang Bosnia]], [[Perang Kosovo]] , [[Perang Saudara Sierra Leone]], [[Perang Iraq]] dan [[Perang di Afghanistan (2001-kini)|Perang di Afghanistan]]. Marin Diraja mempunyai hubungan antarabangsa yang rapat dengan pasukan-pasukan marin bersekutu, terutamanya [[Kor Marin Amerika Syarikat]] dan [[Kor Marin Belanda]]/Korps Mariniers.