Tentera Laut Diraja British: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 90:
== Pemerintahan, kawalan dan organisasi ==
 
TLD ditubuhkan dibawah Prerogatif Diraja, oleh itu, ahli dibawah kendalian tentera laut ini (tidak seperti Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) tidak perlu mengangkat sumpah kesetiaan kepada monarki British. Pemimpin tertinggi Tentera Laut Diraja ialah Lord High Admiral (Panglima Besar Laksamana), satu posisi yang sejak tahun 1964 lagi dipegang oleh monarki British yang juga merupakan pemerintah keseluruhan Angkatan Tentera British.
 
Ketua profesional kepada perkhidmatan ini adalah [[First Sea Lord]], yang merupakan seorang ahli [[Majlis Pertahanan United Kingdom]] dan [[Admiralti|Lembaga Admiralti]], yang mana, melaksanakan pengurusan seperti yang dibahagikan oleh Majlis Pertahanan. [[Lembaga Tentera Laut]], sebuah jawatan kuasa kecil Lembaga Admiralti, bertanggung jawab terhadap pengurusan [[Perkhidmatan Laut]]. Semua jawatan kuasa ini adalah berdasarkan Kementerian Pertahanan United Kingdom. Bangunan pejabat utamanya terletak di London, di mana First Sea Lord, juga dikenali sebagai Ketua Turus Laut, dibantu oleh Jabatan Staf Tentera Laut.
 
===Organisasi===
Pemerintahan penuh terhadap semua unit armada yang boleh dikerahkan, termasuklah Marin Diraja dan Armada Auxiliary, adalah tugas [[Panglima Armada]] (Fleet Commander), dengan satu [[Markas Pemerintahan Tentera Laut]] di pangkalan HMS Excellent di Portsmouth dan sebuah Pusat Kawalan Operasi di Northwood, Middlesex, yang berada di [[Markas Tetap Bersama]] dan sebuah Markas Wilayah NATO, Markas Komponen Maritim Bersekutu Northwood (English: Allied Maritime Component Command Northwood, (AMCNN)), Panglima Armada juga merupakan Komander AMCNN.
 
Panglima Armada turut disokong oleh: