Perbezaan antara semakan "Tentera Darat British"

 
== Sejarah ==
Tentera Darat British wujud hasil daripada gabungan Tentera [[Scotland]] dan Tentera [[England]] selepas penyatuan [[Parlimen]] [[England]] dan Parlimen [[Scotland]] yang membawa kepada kewujudan [[United Kingdom|United Kingdom of Great Britain]] dalam tahun [[17071801]]. Pasukan baru ini dikenali sebagai Tentera British, dan menggabungkan semua Rejimen [[Inggeris]] dan [[Scotland]] yang telah sedia wujud ketika itu.
 
Daripada tahun [[1763]], sehingga tahun [[1914]], [[United Kingdom]] merupakan kuasa ekonomi dan kuasa tentera paling dominan di dunia. [[Empayar British]] telah berkembang ke empat penjuru dunia, Dikatakan ketika itu bahawa "matahari tidak akan terbenam di Empayar British".
Walaupun [[Tentera Laut Diraja British]] menjadi faktor penyumbang utama kemunculan Britain sebagai satu kuasa besar, Tentera Darat British menyediakan barisan hadapan untuk menjaga keselamatan koloni dan tanah jajahan, khususnya daripada ancaman kuasa lain dan juga keganasan oleh penduduk tempatan. Tentera British juga menawan dan mengawal jajahan strategik untuk [[Empayar British]], dan membolehkan empayar tersebut terus berkembang. Tentera British juga berperang di wilayah perbatasan dan perantauan untuk mempastikan keamanan di perbatasan, dan dengan itu menjauhi ancaman oleh kuasa-kuasa lain.
 
Contoh peperangan sedemikian adalah campur tangan tentera di [[Afghanistan]] untuk membolehkan kewujudan satu kawasan penampan (''buffer'') di antara jajahan [[British India]] dan [[Empayar Rusia]]. Kesungguhan mengawal pengaruh [[Empayar Rusia]] menjadi sebab utama campur tangan Britain di pihak [[Turki]] semasa [[PeperanganPerang Krimea]].
 
Pasukan tentera tetap yang pertama di dunia sebenarnya ditubuhkan oleh [[Oliver Cromwell]] dalam tahun 1645, semasa [[Perang Saudara Inggeris]]. Pasukan ''New Model Army'' ini amat terlatih dan berdisiplin tinggi. ''New Model Army'' ini dibubarkan oleh Raja [[Charles II]] kecuali satu [[briged]] yang dikekalkan. [[Briged]] ini masih kekal dan kini menjadi [[Coldstream Guards]]. Rang Undang-Undang Hak Rakyat Inggeris (''English Bill of Rights'') tahun 1689 memindahkan kuasa kawalan ke atas pasukan tentera kepada [[Parlimen]], hinggalah ke hari ini.
Tentera British (ketika itu Tentera Inggeris) di bawah [[Oliver Cromwell]] juga memainkan peranan besar menakluk semula Ireland dalam kurun ke-17. Sejak itu, Tentera British tidak henti-henti menangani pemberontakan dan keganasan di Ireland, sehingga kewujudan [[Republik Ireland]] awal kurun ke-20.
 
Tentera Darat British juga memainkan peranan besar dalam menentang [[Napoleon Bonaparte]] dan berperang di [[Sepanyol]], [[Mesir]], Afrika Utara dan di Belgium. Tentera British, di bawah pimpinan [[Arthur Wellesley, Duke Wellington Pertama|Duke of Wellington]] berjaya menewaskan [[Napoleon Bonaparte]] di [[Pertempuran Waterloo]] pada tahun 1815, dan sekali gus menghapuskan ancaman [[Napoleon Bonaparte]] ke atas pengaruh Britain sebagai kuasa besar.
 
Selain memerangi tentera-tentera pesaing di [[Eropah]] dan juga di kawasan jajahan mereka, Tentera British juga terlibat dalam peperangan dengan [[China]]. ([[Perang Candu Pertama]], [[Perang Candu Kedua]]) dan [[Pemberontakan Boxer]]), serta peperangan dengan kaum asli Maori di New Zealand, pasukan-pasukan tentera raja-raja di [[India]] dan juga menentang pemberontak Ireland semasa Perang Inggeris-Ireland.
Selepas [[Perang Dunia II]], Empayar British mula mengecil apabila tanah-tanah jajahan Britain mula mencapai [[kemerdekaan]]. Dengan itu, kekuatan tentera British semakin berkurangan. Namun demikian, dengan [[Perang Dingin]] berterusan di antara [[Blok Timur]] dan [[Blok Barat]], [[Britain]] menempatkan ''British Army of the Rhine'' yang kuat di [[Jerman]], sebagai komitmen mereka dalam [[Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara]] (NATO). [[Perang Dingin]] juga membawa kepada penemuan dan penggunaan teknologi baru dan penggunaan senjata yang semakin canggih.
 
Kini Tentera British tidak ramai bilangannya, dan semakin berkurangan apabila kajian demi kajian dibuat oleh kerajaan mengenai kedudukan [[Angkatan BersenjataTentera BritainBritish]]. Namun demikian, Tentera British menunjukkan keupayaan apabila dapat beraksi dengan cemerlang semasa [[Perang FalklandsFalkland]], [[Perang Iraq]] tahun 1990 dan juga semasa operasi menakluk [[Iraq]] dalam ''[[Operasi Telic]]''.
 
== Organisasi ==
12,039

suntingan