Papar, Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
[[File:Papar OldTown.jpg|thumb|Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan [[British]] yang masih wujud hingga sekarang.]]
'''Papar''' merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di [[Bahagian Pantai Barat]], [[Sabah]], [[Malaysia Timur]]. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya [[Kota Kinabalu]], ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara [[Putatan]] dan Kota Kinabalu di utara dan [[Membakut]] dan [[Beaufort, Sabah|Beaufort]] di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan [[North Borneo Railway]] bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.
 
== Daerah ==
Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan ladang buah-buahan serta menjadi perhentian yang penting untuk mereka yang memandu ke [[Labuan]] atau [[Brunei]].
 
Bandar Papar menempatkan perpustakaan, pasar, stesen kereta api, pejabat urusetia kecil, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.
 
Penduduk utamanya adalah dari etnik [[Kaum Kadazan-Dusun|Kadazan-Dusun]], [[Bajau]], [[Melayu Brunei]] serta etnik [[Cina]], khasnya orang [[Hakka]].
 
== Sejarah dan Asal Usul ==