Papar, Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 42:
Bandar Papar menempatkan beberapa bangunan penting antaranya bangunan [[Perpustakaan Negeri Sabah]] cawangan Papar, pasar am, stesen kereta api, pejabat urusetia, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.
 
Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti [[Lok Kawi]], [[Kinarut]] di sebelah utara, manakala [[Kimanis]], dan [[Bongawan]] pula di sebelah selatan. Populasinya pula sehingga tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 130 000 orang, dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu [[Melayu Brunei]], [[Bajau]], [[Kadazandusun]] serta beberapa suku bumiputra yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum [[Cina]] yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum [[India]] dan sekelompok kecil kaum Pakistan.<ref>http://www.sabah.gov.my/pd.ppr/kebudayaan.htm</ref>
 
Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan suatu ketika dahulu terkenal sebagai jelapang padi Sabah. Namun akibat wujudnya pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kawasan sawah padi di daerah ini semakin berkurang.