Papar, Sabah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemaskini kata nama am dan khas serta membetulkan kesalahan ejaan.
Baris 54:
Terdapat juga sebuah Kompleks Perpustakaan Daerah, Kompleks Sukan, Pejabat Daerah Papar, serta beberapa buah pasar raya seperti Giant menjadikan tempias pembangunan semakin dirasai oleh penduduknya. Stesen Kereta Api Papar adalah salah sebuah stesen perhentian kereta api utama yang terletak bersebelahan dengan terminal bas bersepadu.
 
Selain itu, bandar Papar juga mempunyai dua buah dewan masyarakat yang dikenali sebagai Dewan Masyarakat Baru dan Dewan Datuk Salleh Sulong yang mejadi tempat venue utama pelbagai acara, sebagai contoh pertandingan sepak takraw ketika SUKMA ke-9 dan Pesta Gambus Sabah telah diadakan di Dewan Masyarakat Baru. Kawasan perumahan juga semakin banyak didirikan di sekitar bandar ini bagi menampung permintaan penduduk. Di Kinarut pula terdapat ibu pejabat batalion polis yang baru diwujudkan.
 
Kawasan Benoni yang terletak hanya 4 kilometer dari pusat bandar Papar akan dibangunkan menjadi sebuah bandar baharu tidak lama lagi dan bakal dilengkapi dengan pusat beli belah, bangunan kolej dan taman rekriasi. Projek pembangunan ''Benoni Commercial Centre (BCC)''yang bakal dijalankan akan menjadikan bandar Papar semakin membesar sehingga ke kawasan Benoni.<ref>http://www.theborneopost.com/2012/09/01/benoni-papar-akan-membangun-selepas-siapnya-bcc-kata-susan/</ref>
Di Kinarut pula terdapat ibu pejabat batalion polis yang baru diwujudkan.
 
Projek naik taraf dan pembesaran hospital Papar juga akan dilaksanakan. Projek tersebut termasuk membina blok bangunan hospital baru setinggi lima tingkat bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Papar.<ref>http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=85145</ref>
 
== Perhubungan ==