Tentera Darat British: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 54:
Contoh peperangan sedemikian adalah campur tangan tentera di [[Afghanistan]] untuk membolehkan kewujudan satu kawasan penampan (''buffer'') di antara jajahan [[British India]] dan [[Empayar Rusia]]. Kesungguhan mengawal pengaruh [[Empayar Rusia]] menjadi sebab utama campur tangan Britain di pihak [[Turki]] semasa [[Perang Krimea]].
 
Pasukan tentera tetap yang pertama di dunia sebenarnya ditubuhkan oleh [[Oliver Cromwell]] dalam tahun 1645, semasa [[Perang Saudara Inggeris]]. Pasukan ''New Model Army'' ini amat terlatih dan berdisiplin tinggi. ''New Model Army'' ini dibubarkan oleh Raja [[Charles II]] kecuali satu [[briged]] yang dikekalkan. [[Briged]] ini masih kekal dan kini menjadi [[Coldstream Guards]]. Rang[[Perakuan Undang-UndangHak 1689|Perakuan Hak RakyatEngland Inggeris1689]] (''English Bill of Rights 1689'') tahun 1689 memindahkan kuasa kawalan ke atas pasukan tentera kepada [[Parlimen]], hinggalah ke hari ini.
 
Tentera British (ketika itu Tentera Inggeris) di bawah [[Oliver Cromwell]] juga memainkan peranan besar menakluk semula Ireland dalam kurun ke-17. Sejak itu, Tentera British tidak henti-henti menangani pemberontakan dan keganasan di Ireland, sehingga kewujudan [[Republik Ireland]] awal kurun ke-20.