Makkah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Commons
Pyan75 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
}}
{{Islam}}
'''Makkah''' (ataupun '''Mekah''' dengan nama penuhnya '''Makkah al-Mukarramah'''; [[Bahasa Arab]]: '''مكة المكرمة''') terletak lebih kurang 73km daripada timur [[Jeddah]]. Makkah merupakan tempat lahirnya [[Islam]]Nabi sertaIsmail dan [[Nabi Muhammad s.a.w.]] dan juga tempat baginda menerima [[wahyu]] daripada [[Allah]] s.w.t.
 
Makkah ialah kota paling suci bagi umat [[Islam]]. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion [[Muslim]] tidak kira di mana mereka berada, pasti akan [[Kiblat|menghadap]] kiblat di Kota Makkah untuk [[Solat|bersembahyang]]. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang [[Muslim]] akan [[Haji|mengerjakan haji]] pada bulan [[Zulhijjah]] setiap tahun di tempat tersebut.
Baris 33:
 
== Sejarah ==
Sejarah Makkah bermula apabila [[Nabi Ibrahim a.s.]] menerima perintah daripada [[Allah s.w.t.]] supaya meninggalkan anaknya [[Nabi Ismail a.s.]] dan isterinya [[Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim|Siti Hajar]] di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah [[gurun]] beliau kembali ke tempat asalnya.
 
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara [[Bukit Safa]] daripada [[Jabal Qubais]] hinggalah ke [[Bukit Marwa]]. Dalam suasana yang kelam kabut itu [[Nabi Ismail a.s.]] yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah [[telaga]] dibina kemudian dan dikenali sebagai [[Telaga Zamzam]]. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.
 
Dengan kemunculan [[Telaga Zamzam]] itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina [[Kaabah]].
 
Setelah Nabi Ibrahim a.s lulus dugaan menyembelih anaknya yang disayangi Nabi Ismail, maka Allah menghadiahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. perintah untuk membina [[Kaabah]].
 
[[Fail:Mecca.JPG|250px|left|thumb|[[Al Masjid Al Haram]] di Makkah, tempat paling suci dalam [[Islam]]]]