Simpang Empat, Perlis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 3:
Asal nama Simpang Empat dirujuk kepada pertemuan silang [[longkang|parit]] dari Sungai Sanglang,Kampung Sanglang Kedah ke Sungai Perlis dan Sungai Arau yang mengalir ke Kuala Sungai Baru. Parit ini dibuat untuk menyalirkan air supaya padi tidak ditenggelami banjir dan musim menuai lebih kering. Oleh kerana tiada jalan raya semasa itu sungai telah menjadi laluan bot tambang. Simpang Empat adalah persimpangan anak sungai dan parit tersebut tumbuh sebagai pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam bahasa samsam.
 
Pekan Simpang Empat ini juga dikenali sebagai Simpang Empat Syed Kasim{{fact}}, mengambil sempena nama bekas penghulunya, Syed Kasim{{fact}}. Ia juga disebut sebagai Simpang Empat Che Kasim{{who}}, terutama disebelah Kedah. Beliau pernah memiliki kawasan kedai Pintu Dua atau kedai Hong Kang dan Ah Ho. Jalan masuk yang bertentang dengan Kedai Udang atau bekas PAWAGAM Ah Tong (tempat main snooker) di sini.{{fact}} Namun kebanyakan tanahnya sudah diambil alih orang bangsa Cina yang menetap di situ.Yang ada masih rumah Pak Ad Lapan (Almarhum), seorang tukang gunting di kepala batas masuk ke situ.
 
Zahari bin Bakar adalah bekas ADUN di kawasan ini selama 2 penggal dari 1999 hingga 2008. Beliau pernah dilantik menjadi ahli exco kerajaan negeri Perlis. Bagaimanapun beliau tewas pada PRU 12.