Jaafar bin Haji Muhammad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lukhman Edogawa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Dato'_Jaafar_bin_Muhammad.jpg|thumb|right|250px|Menteri Besar Johor Pertama - '''Dato' Jaafar bin Muhammad''']]
'''Datuk Jaafar bin Haji Muhammad''' ([[1838]]- [[3 Julai]] [[1919]]) merupakan [[Menteri Besar]] [[Johor]] yang pertama. [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim]] telah melantiknya menjadi Menteri Besar pada tahun [[1882]].
 
==Kehidupan Awal==
 
Beliau dilahirkan dalam tahun [[1838]] di [[Teluk Belanga]], [[Singapura]], dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
 
==Kerjaya==
 
Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Maharaja Abu Bakar.
 
Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor.
 
Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.
 
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.
 
==Sumbangan==
 
Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga [[1919]], semua pegawai [[British]] yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera [[Union Jack]], iaitu bendera kerajaan [[British]], tidak boleh dikibarkan lebih tinggi daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam [[Bahasa Melayu]].
 
Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau. Beliau juga dikurniakan Darjah Ketiga Bintang St. Michael dan St. George oleh Queen Victoria England.
 
==Meninggal Dunia==
 
Beliau meninggal dunia pada tahun [[3 Julai]] [[1919]] dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di [[Makam Mahmoodiah]] ,Johor Bahru, Johor.
 
==Lihat juga==