Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
k (Suntingan 60.51.102.159 dikembalikan ke versi terakhir oleh Earth)
Tiada ringkasan suntingan
{{Sejarah Malaysia}}
'''Perang KelangKlang''' ataupun '''Perang Saudara Selangor''' berlaku dari tahun [[1867]] ke [[1874]] dan ia bermula dengan perbalahan di antara [[Raja Abdullah bin Raja Jaafar]] dan [[Raja Mahdi bin Raja Sulaiman]].
 
==Latar belakang==
 
Pada tahun 1849 atau 1850, sultan [[Selangor]] ketika itu, [[Sultan Muhammad Shah]] meletakkan jajahan [[KelangKlang]] di bawah jagaan Raja Abdullah. Pada tahun 1866, Raja Abdullah kemudiannya telah memajak KelangKlang kepada dua orang saudagar dari [[Negeri-Negeri Selat]] yang bernama [[W.H. Read]] dan [[Tan Kim Cheng]]. Kedua-dua saudagar itu kemudiannya keluar memungut [[cukai]] daripada penduduk-penduduk KelangKlang. Salah seorang daripada penduduk tersebut adalah Raja MahdiMahadi. Sebelum Raja Abdullah dilantik sebagai ketua Klang, ayah Raja MahdiMahadi pernah menyandang kedudukan Raja Abdullah. Ini memberi Raja MahdiMahadi satu kedudukan yang tinggi di kalangan orang Melayu di KelangKlang. Oleh itu, Raja MahdiMahadi terasa terhina apabila orang luar datang mengutip cukai daripadanya. Dengan perasaan marah, Raja MahdiMahadi enggan membayar cukai kepada dua saudagar dari Negeri-negeri Selat tersebut.
 
Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan [[Sultan Abdul Samad]] menaiki takhta Selangor. Keluarga sultan yang baru bersimpati dengan keadaan Raja MahdiMahadi. Ini kerana Raja Abdullah bukan orang Selangor; beliau berasal dari [[Riau]] dan keluarga diraja lebih senang melihat orang Selangor memegang jawatan-jawatan tinggi di negeri sendiri. Bersama Raja Abdullah pula ialah anaknya, Raja Ismail. Sementara itu, sebahagian kumpulan-kumpulan kongsi gelap Cina memihak dengan Raja Abdullah dan sekumpulan lain berpihak kepada Raja MahdiMahadi.
 
==Peperangan dan Tengku Kudin==
 
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1867, Tengku Kudin dari Kedah berkahwin dengan salah seorang puteri daripada keluarga diraja Selangor dan [[Sultan Abdul Samad]] melantik Tengku Kudin sebagai pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja MahdiMahadi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu Raja Ismail. Raja Abdullah kemudiannya meninggal dunia. Kehilangan Raja Abdullah diganti dengan kehadiran [[Yap Ah Loy]], seorang rakan Tengku Kudin serta kapitan [[Cina]] yang berpengaruh yang telah bertanggungjawab membangunkan [[Kuala Lumpur]]. Dengan itu, Tengku Kudin, Raja Ismail dan Yap Ah Loy bersama-sama berusaha menentang Raja MahdiMahadi.
 
Sementara itu, Negeri-Negeri Selat mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di [[Tanah Melayu]] yang menjadi pengeluar [[bijih timah]] terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
 
Sepanjang perang, Tengku Kudin telah memanggil 500 askar daripada [[Kedah]] untuk membantunya. Tentera upahan serta beberapa pegawai Eropah telah dibayar oleh putera Kedah itu. Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja MahdiMahadi.
 
Kemenangan Tengku Kudin tidak disenangi oleh keluarga diraja Selangor. Keengganan tentera Pahang untuk pulang serta tindakan orang Pahang memungut cukai sebagai pampasan atau upah perkhidmatan daripada Kelang telah memburukkan nama Tengku Kudin di mata sultan Selangor. Melihat dan memahami keadaan ini, Andrew Clarke terpaksa menghentikan rancangan British untuk mempengaruhi sultan Selangor untuk sementara.
Situasi berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dari [[Pulau Pinang]] diserang [[lanun]] berhampiran perairan [[Hulu Langat]]. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernama [[J.G. Davidson]] sebagai [[Residen British]] Selangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesar [[Selangor]] kerana ia merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugas [[residen]] bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenai [[Islam]] dan adat resam [[Melayu]].
 
Perang Klang tamat dengan rasminya pada tahun 1874. Keadaan ini telah memaksa Raja MahdiMahadi melarikan diri keluar dari Selangor dan menetap di [[Johor]]. Beliau meninggal dunia di sana dan dimakamkan di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
 
==Rujukan==
Pengguna awanama