Perbezaan antara semakan "Pegawai memerintah"

==United Kingdom, Kanada dan Australia==
===Tentera Darat===
Di dalam [[Tentera Darat British]], [[Marin Diraja]], dan lain-lain tentera [[Negara-Negara Komanwel|Komanwel]] dan organisasi [[separa tentera]], pegawai memerintah sesebuah unit ialah lantikan. Oleh itu jawatan CO adalah satu pelantikan. Jawatan Pegawai Memerintah adalah eksklusif untuk komander unit-unit utama ([[Rejimen]], [[Batalion]], dan unit-unit bersaiz sama). Ia menjadi adat bagi pegawai memerintah untuk memegang pangkat [[Leftenan Kolonel]] dan beliau biasanya dirujuk dalam unit sebagai "Kolonel" atau lebih dikenali CO. "Kolonel" biasanya adalah pelantikan kehormat pegawai kanan yang menyelia hal ehwal bukan operasi rejimen. Bagaimanapun, pangkat penyandang jawatan dan pemegang jawatan adalah berasingan. Iaitu, tidak semua [[Leftenan Kolonel]] adalah CO, dan walaupun kebanyakan CO adalah [[Leftenan Kolonel]], itu bukan satu keperluan.
 
Sub-sub unit, iaitu, [[Kompeni]], [[Skuadron]] dan [[Bateri artileri|Bateri]], dan formasi-formasi (briged, divisyen, kor dan tentera darat medan) tidak mempunyai Pegawai Memerintah.
12,040

suntingan