Nisfu Syaaban: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 36.76.196.119 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Baris 35:
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi {{saw}} bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
 
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim." ok..
 
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah {{saw}} ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.<ref>Syeikh Abdul Rahman As Sa'dy, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad Saleh Al-Utsaimin, Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman Al-Jabrin. 2006/1427H. Hukum Peringatan Malam Nishfu Syaaban, ''Benteng Tauhid'' (diterjemah kedalam bahasa Indonesia), p.138-139. Riyadh, Daar Al-Qasim Publication.</ref>