Tulisan Cina Ringkas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 63:
Selepas [[Perang Dunia II]], [[Jepun]] juga mempermudah sebilangan [[aksara Cina]] (''[[tulisan kanji|kanji]]'') yang digunakan dalam [[bahasa Jepun]]. Bentuk-bentuk baru ini bernama ''[[shinjitai]]''. Berbanding dengan bahasa Cina, pembaharuan Jepun lebih menerus dan melibatkan hanya beberapa ratus aksara yang diganti dengan bentuk mudah, kebanyakannya sudah digunakan dalam tulisan kursif Jepun. Bilangan aksara dalam penerbitan turut dikurangkan, dan senarai rasmi aksara yang perlu dipelajari dalam setiap darjah persekolahan turut disediakan. Tujuan utamanya adalah untuk menyelaraskan pengajaran dan penggunaan tulisan Kanji dalam sastera dan media moden.
 
==Pengekodan komputer==
Dalam aplikasi teks komputer, [[kod Guobiao|skim pengekodan GB]] paling kerap digunakan untuk memaparkan aksara Cina ringkas ini, manakala [[Big5]] lebih kepada pemaparan aksara tradisional. Although neither encoding has an explicit connection with a specific character set, the lack of a one-to-one mapping between the simplified and traditional sets established a [[de facto]] linkage.
 
Oleh sebab tulisna Cina ringkas menggabungkan banyak aksara mennjasi satu dan versi asal [[kod Guobiao|skim pengekodan GB]] yang dikenali sebagai [[GB2312]]-80 mengandungi hanya satu titik kod untuk setiap aksara, adalah mustahil untuk menggunakan [[GB2312]] untuk memetakan set aksara tradisonal yang lebih besar. Secara teori, bukanlah mustahil bagi menggunakan kod Big5 untuk memetakan set glif aksara mudah yang lebih kecil, sungguhpun pasaran untuk produk sedemikian amat kecil. Bentuk GB alternatif yang lebih baru dilengkapi sokongan untuk aksara tradisonal. Terutamanya, pihak berkuasa tanah besar sudah mengasaskan [[GB 18030]] sebagai piawaian pengekodan rasmi untuk kegunaan dalam semua penerbitan perisian tanah besar. Pengekodan ini mengandungi semua aksara [[Asia timur]] yang diterapkan dalam [[Unikod]] 3.0. Oleh itu, pengekodan GB 18030 mengandungi kedua-dua aksara ringkas dan tradisional yang terdapat dalam Big-5 dan GB, serta juga semua aksara yang didapati dalam pengekodan bahasa Jepun dan Korea.
 
[[Unikod]] menguruskan isu aksara ringkas dan tradisi sebagai sebahagian projek [[penyatuan Han]] dengan menerapkan titik kod untuk setiap aksara. Keperluan ini timbul kerana hubungan antara aksara ringkas dan tradisional bukan selalunya satu ke satu. Meskipun ini bermakna bahasa sesuatu sistem Unikod boleh memaparkan kedua-dua aksara ringkas dan tradisiona, namun ini juga bermakna fail-fail penyetempatan berlainan files diperlukan untuk setiap jenis aksara itu.
 
Aksara Cina yang digunakan dalam bahasa Jepun mdoen turut melalui peringkasan, tetapi secara amnya tidak semenyeluruh seperti mana di China. Penyelarasan set-set aksara berlainan ini dalam [[Unikod]] dijadikan sebahagian proses [[penyatuan Han]] yang penuh kontroversi. Yang tidak memeranjatkan kita adalah bahawa sesetengah aksara Cina yang digunakan di Jepun tidak 'tradisional' dan tidak juga 'ringkas'. Dalam pada itu, aksara-aksara ini tidak terdapat dalam kamus bahasa Cina bertulisan tradisional mahupun ringkas.
 
==Pautan luar==