Perak F.C.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ridzuan Ahdil (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 53:
Mereka adalah pasukan ketiga paling berjaya dalam pertandingan [[Piala Malaysia]] dengan 7 kali kemenangan dan 11 kali menjadi naib juara. Mereka memenangi piala terakhir dari 7 piala mereka pada tahun [[2000]] dan naib juara terakhir pada edisi [[2007]]. Perak FA telah menjadi pasukan yang konsisten dalam bola sepak Malaysia, di mana mengakhiri liga di kedudukan lima teratas di dalam [[Liga Super Malaysia]] setiap tahun sejak awal. Selain itu, Perak FA adalah satu-satunya pasukan di [[Malaysia]] yang belum pernah diturunkan ke divisyen lebih rendah sejak era profesional diperkenalkan pada tahun 1989.
 
Perak FCFA mengumumkan bahawa [[Stadium Perak]] yang berkapasiti 42,500 kerusi sebagai stadium rasminya, walaubagaimanapun mereka akan menjalankan beberapa perlawanan di Stadium Lumut yang berkapasiti 15,000 kerusi (di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di [[Lumut, Perak]]) pada bila-bila masa ketika Stadium Perak tidak dapat digunakan. Stadium Perak terletak di berhampiran Fair Park di [[Ipoh]] di mana pejabat pasukan berada.
 
Nama gelaran bagi pasukan Perak FCFA adalah ''The Bos Gaurus'' yang adalah nama untuk [[Seladang]] bermaksud '''Bapa Segala Seladang'''. Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada [[Sukan Malaysia]] (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.