Douglas MacArthur: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
Zayn al aziz (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 45:
Dibesarkan dalam [[keluarga tentera]] semasa [[Zaman koboi Amerika]], MacArthur adalah [[valedictorian]] di [[TMI - The Episcopal Sekolah Texas|Akademi Tentera Texas Barat]] dan [[Kapten Kadet]] dalam [[Akademi Tentera Amerika Syarikat]] di West Point, di mana beliau lulus tempat pertama bagi kelas 1903. Semasa [[Amerika Syarikat menduduki Veracruz]] pada tahun 1914, beliau menjalankan satu misi [[peninjauan ketenteraan]], yang mana beliau telah dicalonkan untuk pingat Medal of Honor. Pada tahun 1917, beliau telah dinaikkan pangkat dari Mejar ke Kolonel dan menjadi Ketua Staf [[Divisyen Infantri Ke-42 (Amerika Syarikat)|Divisyen Ke-42 (Rainbow)]]. Dalam pertempuran di [[Medan Barat (Perang Dunia I)|Barisan Barat]] semasa Perang Dunia I, beliau dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral, sekali lagi telah dicalonkan untuk Medal of Honor, dan telah dianugerahkan [[Perkhidmatan Cemerlang Cross (Amerika Syarikat)|Distinguished Service Cross]] sebanyak dua kali dan [[Silver Star]] sebanyak tujuh kali.
Dari tahun 1919 hingga 1922, MacArthur bertugas sebagai [[Superintenden Akademi Tentera Amerika Syarikat]] di West Point, di mana beliau cuba membuat beberapa siri pembaharuan. Tugasan seterusnya adalah di Filipina, di mana pada tahun 1924 beliau memainkan peranan penting dalam mematahkan [[Pemberontakan Pengakap Filipina]]. Pada tahun 1925, beliau menjadi Mejar Jeneral termuda dalam Tentera Darat. Beliau bertugas di mahkamah tentera yang membicarakan Brigedier Jeneral [[Billy Mitchell]] dan menjadi Presiden [[Jawatankuasa Olimpik Amerika]] semasa [[Sukan Olimpik Amsterdam 1928|Sukan Olimpik Musim Panas]] di Amsterdam. Pada tahun 1930, beliau menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Dengan itu, beliau terlibat dalam pengusiran penunjuk perasaan[[Tentera Bonus]] dari Washington, DC pada tahun 1932, dan penubuhan serta penyusunan [[Kor Pemuliharaan Awam]]. Beliau bersara dari Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1937 untuk menjadi [[Pejabat Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina|Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina]].
MacArthur dipanggil semula untuk aktif bertugas pada tahun 1941 sebagai Panglima [[Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh]]. Beberpa siri bencana berlaku, bermula dengan kemusnahan tentera udara beliau pada 8 Disember 1941, dan pencerobohan Filipina oleh Jepun.
[[Jeneral Tentera Darat]] MacArthur ialah tokoh tentera [[Amerika Syarikat]] yang menonjol di Medan Pasifik semasa [[Perang Dunia II]], MacArthur terselamat semasa serangan [[Jepun]] terhadap [[Filipina]] pada tahun 1941, berjanji “Saya akan kembali.” Beliau melakukannya pada Januari 1945. Apabila Laksamana Armada [[Chester Nimitz]] mengarah pasukan Amerika di Pasifik Tengah, MacArthur memimpin kemaraan di barat daya. Pada akhir perang beliau menerima penyerahan kalah Jepun diatas kapal perang, U.S.S. Missouri.
|