Douglas MacArthur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 45:
Dibesarkan dalam [[keluarga tentera]] semasa [[Zaman koboi Amerika]], MacArthur adalah [[valedictorian]] di [[TMI - The Episcopal Sekolah Texas|Akademi Tentera Texas Barat]] dan [[Kapten Kadet]] dalam [[Akademi Tentera Amerika Syarikat]] di West Point, di mana beliau lulus tempat pertama bagi kelas 1903. Semasa [[Amerika Syarikat menduduki Veracruz]] pada tahun 1914, beliau menjalankan satu misi [[peninjauan ketenteraan]], yang mana beliau telah dicalonkan untuk pingat Medal of Honor. Pada tahun 1917, beliau telah dinaikkan pangkat dari Mejar ke Kolonel dan menjadi Ketua Staf [[Divisyen Infantri Ke-42 (Amerika Syarikat)|Divisyen Ke-42 (Rainbow)]]. Dalam pertempuran di [[Medan Barat (Perang Dunia I)|Barisan Barat]] semasa Perang Dunia I, beliau dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral, sekali lagi telah dicalonkan untuk Medal of Honor, dan telah dianugerahkan [[Perkhidmatan Cemerlang Cross (Amerika Syarikat)|Distinguished Service Cross]] sebanyak dua kali dan [[Silver Star]] sebanyak tujuh kali.
 
Dari tahun 1919 hingga 1922, MacArthur bertugas sebagai [[Superintenden Akademi Tentera Amerika Syarikat]] di West Point, di mana beliau cuba membuat beberapa siri pembaharuan. Tugasan seterusnya adalah di Filipina, di mana pada tahun 1924 beliau memainkan peranan penting dalam mematahkan [[Pemberontakan Pengakap Filipina]]. Pada tahun 1925, beliau menjadi Mejar Jeneral termuda dalam Tentera Darat. Beliau bertugas di mahkamah tentera yang membicarakan Brigedier Jeneral [[Billy Mitchell]] dan menjadi Presiden [[Jawatankuasa Olimpik Amerika]] semasa [[Sukan Olimpik Amsterdam 1928|Sukan Olimpik Musim Panas 1928]] di Amsterdam. Pada tahun 1930, beliau menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Dengan itu, beliau terlibat dalam pengusiran penunjuk perasaan[[Tentera Bonus]] dari Washington, DC pada tahun 1932, dan penubuhan serta penyusunan [[Kor Pemuliharaan Awam]]. Beliau bersara dari Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1937 untuk menjadi [[Pejabat Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina|Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina]].
 
MacArthur dipanggil semula untuk aktif bertugas pada tahun 1941 sebagai Panglima [[Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat di Timur Jauh]]. Beberapa siri bencana berlaku, bermula dengan kemusnahan tentera udara beliau pada 8 Disember 1941, dan pencerobohan Filipina oleh Jepun. Tentera MacArthur kemudian dipaksa berundur ke [[Bataan]], di mana mereka bertahan sehingga Mei 1942. Pada bulan Mac 1942, MacArthur, keluarga dan kakitangannya meninggalkan Pulau [[Corregidor]] dengan [[Bot PTperonda]] dan [[Douglas MacArthur melarikan diri dari Filipina|melarikan diri ke Australia]], di mana MacArthur menjadi [[Pemerintah Tertinggi]] [[Wilayah Pasifik Barat Daya (pemerintahan)|Wilayah Pasifik Barat Daya]]. Bagi khidmatnya mempertahankan Filipina, MacArthur telah dianugerahi pingat Medal of Honor. Setelah lebih dua tahun berjuang di Pasifik, beliau mengotakan janji untuk kembali ke Filipina. Beliau secara rasmi menerima [[penyerahan kalah Jepun]] pada 2 September 1945, dan menyelia [[pendudukan Jepun]] dari tahun 1945 hingga 1951. Sebagai pemerintah Jepun yang efektif, beliau menyelia perubahan pantas ekonomi, politik dan sosial. Beliau mengetuai [[Pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu]] didalam [[Perang Korea]] sehinggalah [[Presiden Truman memecat Jeneral Douglas MacArthur|dipecat]] oleh Presiden [[Harry S. Truman]] pada 11 April 1951 . Beliau kemudiannya menjadi Pengerusi Lembaga [[Remington Rand]].
 
[[Jeneral Tentera Darat]] MacArthur ialah tokoh tentera [[Amerika Syarikat]] yang paling menonjol di Medan Pasifik semasa [[Perang Dunia II]], MacArthur terselamat semasa serangan [[Jepun]] terhadap [[Filipina]] pada tahun 1941, berjanji “Saya akan kembali.” Beliau melakukannya pada Januari 1945 apabila Laksamana [[Chester Nimitz]] mengarah pasukan Amerika di Pasifik Tengah, MacArthur memimpin kemaraan di barat daya. Pada akhir perang beliau menerima penyerahan kalah Jepun diatas kapal perang, U.S.S. Missouri.
 
== Rujukan ==