Perbezaan antara semakan "Haba"

2 bait dibuang ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k
'''Haba''' (disingkatkan '''Q''', juga dipanggil '''perubahan haba''') adalah pertukaran [[tenaga haba]] antara dua badan yang mempunyai suhu yang berlainan. Unit [[SI]] bagi haba ialah [[Joulejoule]].
 
Kaitan antara haba dan [[Tenagatenaga]] sama dengan kaitan antara [[Kerja Dalam Mekanik|kerja]] dan tenaga. Haba mengalir antara kawasan yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan haba; haba mengalir dari kawasan yang ber[[suhu]] tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah. Semua objek ([[jirim]]) mempunyai [[tenaga dalaman]] yang berkaitan dengan pergerakan rawak [[atom]] dan [[molekul]] dalam jirim. Tenaga dalaman ini [[berkadaran terus]] kepada suhu objek itu. Apabila dua objek yang berlainan suhu bersentuhan secara terma, mereka akan menukar tenaga dalaman sehinggalah suhu kedua-dua objek sama. Jumlah tenaga yang dipindah adalah jumlah tenaga yang ditukar. Biasanya haba dikelirukan dengan tenaga dalaman, tetapi kedua-duanya ada perbezaan: haba berkaitan dengan perubahan tenaga dalaman dan kerja yang dilakukan oleh sesuatu sistem. Istilah haba digunakan untuk memperihalkan ''pengaliran'' tenaga; manakala istilah tenaga dalaman digunakan untuk memperihalkan tenaga. Memahami perbezaan ini adalah keperluan untuk memahami [[hukum pertama termodinamik]].
 
[[Radiasi]] [[inframerah]] biasanya dikaitkan dengan haba, kerana haba pada suhu bilik ke atas akan mengeluarkan radiasi yang tertumpu kepada jalur inframerah tengah.
5,381

suntingan