George Washington: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Gilbert_Stuart_Williamstown_Portrait_of_George_Washington.jpg|right|thumb|George Washington, [[1732]] – [[1799]]]]
[[General of the Armies]] '''George Washington''' (22 Februari 1732 - 14 Disember 1799) ialah [[Presiden Amerika Syarikat]] yang pertama (1789-1797), [[Panglima Tertinggi]] [[Angkatan Tentera Benua|Tentera Kontinental]] ketika [[Perang Revolusi Amerika]] dan merupakan salah seorang [[Bapa Pengasas Amerika Syarikat]]. Beliau mempengerusikan konvensyen yang mendraf [[Perlembagaan Amerika Syarikat]], yang menggantikan [[Artikel Konfederasi]] dan kekal sebagai [[Akta Kanun Tanah]] yang tertinggi.
 
Pada usia 11 tahun ayahnya meninggal dunia. George Washington mula mula bekerja sebagai mantri ukur, dia lalu masuk tentera pada usia 21 tahun, dan diangkat menjadi Leftenan Kolonel saat mengikuti wajib tentera oleh Gabenor negeri Virginia. Menikah tahun [[1759]] dengan [[Martha Dandridge Custis Washington]], George Washington mengurus perkebunannya yang luas di Virginia dan menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Virginia, hingga Revolusi Amerika tercetus. George Washington merupakan anggota perkumpulan rahsia ''[[Freemasonry]]''.
 
Ketika berumur 33 tahun, dia memilih untuk memihak rakyat negeri Virginia yang memberontak melawan orang-orang Inggeris yang mengeluarkan undang-undang yang tidak adil menurut pendapat rakyat Virginia. Dia pun bertugas memimpin tentara Virginia. Pada tahun [[1775]] dia diangkat menjadi Panglima Tertinggi oleh [[Kongres BenuaKontinental]], iaitu Kongres ke-13 daerah jajahan [[United Kingdom|Kerajaan Inggeris]].
 
Pada tahun [[1776]] Revolusi Kemerdekaan Amerika pecah dan Kongres Kontinental mengeluarkan Deklarasi Kemerdekaan dan memisahkan diri dari Kerajaan Inggeris. Kepemimpinan George Washington berkontribusi banyak dalam keberhasilan daerah-daerah jajahan di Amerika memperjuangkan kemerdekaannya. Pada tahun [[1783]] Inggeris mengakui kemerdekaan [[Amerika Syarikat]], George Washington keluar dari tentera. Empat tahun kemudian pada [[1787]] dia menjadi Ketua Konvensi Perlembagaan.
 
Pada tahun 1789 setelah Perlembagaan disahkan, dia dipilih dengan sebulat suara menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Dia menjalankan dua masa jabatan dari tahun [[1789]] hingga tahun [[1797]], didampingi oleh [[John Adams]] sebagai timabalantimbalan presiden. Dalam pidato perpisahannya pada tahun 1797, dia menyeru kepada rakyat Amerika Syarikat agar meninggalkan rasa kepartian dan rasa kedaerahan yang berlebih-lebihan.
 
Pada tahun [[1799]], George Washington meninggal dunia dalam usia 67 tahun di Mount Vernon, setelah tiga tahun meletakkan jawatannya sebagai presiden. Dia tidak memiliki keturunan, hanya seorang anak angkat.