Abdul Hamid Mohamad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Abdhmd.jpg|thumb|Abdul Hamid Mohamad]]
 
'''Datuk Abdul Hamid Mohamad''' merupakan mantan [[Ketua Hakim Negara]] [[Malaysia]] ke 12. Abdul Hamid yang dilahirkan pada [[18 April]] [[1942]] di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, [[Kepala Batas]], [[Pulau Pinang]] mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Keladi dan pendidikan menengah di [[St. Xavier‘s Institution.]]
 
Beliau mendapat ijazah perundangan dari [[Universiti Singapura]] pada [[1969]] dan menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai majistret di [[Kangar]], [[Perlis]] dan [[Tapah]], [[Perak]].Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan seperti Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan pendaftarPendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara.
 
Abdul Hamid dilantik sebagai [[Pesuruhjaya Kehakiman]] pada [[1 Mei]] [[1990]] dan dilantik sebagai [[Hakim Mahkamah Tinggi]] dua tahun kemudian. Beliau menjadi [[Hakim Mahkamah Rayuan]] pada [[1 September]] [[2000]] dan dilantik sebagai [[Hakim Mahkamah Persekutuan]] pada [[1 Ogos]] [[2003]].Abdul Hamid dilantik menjadi Presiden Mahkamah Rayuan pada [[5 September]] [[2007]], menggantikan Tan Sri [[Abdul Malek Ahmad]] yang meninggal dunia pada [[1 Jun]] [[2007]].Beliau yang gemar memancing pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Memancing Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Choong Abdullah dan mempunyai empat anak.