Perbezaan antara semakan "Cakera liut"

13 bait ditambah ,  6 tahun lalu
k (Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q5293)
 
== Latar belakang ==
Cakera liut, juga dikenali sebagai '''floppy''' atau '''disket''' (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti [[keluarga Apple II|Apple II]], [[Apple Macintosh|Macintosh]], [[Commodore 64]], [[Amiga]], dan [[IBM PC]] untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (''backup'') kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkalisering kali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (''kernel (sains komputer)'') disimpan secara kekal dalam cip ROM (''on-board''), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, [[CP/M]], atau kemudiannya, [[DOS]].
 
Pada awal 1990-an, saiz perisian yang semakin meningkat bererti kebanyakan perisian diedarkan melalui set cakera liut. Pada akhir 1990-an, pengedaran perisian beransur-ansur ditukar kepada [[CD-ROM]], dan format sokongan isipadu lebih tinggi (''higher-density'') diperkenalkan (contohnya, [[pemacu Zip]]) [[Iomega]]. Dengan ketibaan capaian [[Internet]] umum, [[Ethernet]] murah, dan pemacu [[USB]], cakera liut tidak lagi diperlukan bagi pemindahan data lagi, dan cakera liut digantikan. Salinan pukal (''mass backups'') kini dilakukan kepada [[pita bermagnet|pita bermagnet (''magnetic tape'')]] seperti [[Digital Audio Tape|DAT]] atau [[streamer]], atau ditulis kepada [[Cakera padat|cakera padat (''compact disc'') - CD]] atau [[DVD]]. Salah satu cubaan yang gagal (di pasaran) pada akhir [[1990-an]] untuk meneruskan cakera liut adalah [[SuperDisk]] (LS120) dengan kapasiti 120 MB sementara pemacu serasi mundur dengan cakera liut 3½-inci piawaian.
 
Bagaimanapun, pengilang keberatan untuk menyingkir pemacu cakera dari PC mereka, untuk keserasian mundur, dan kerana kebanyakan jabatan [[teknologi maklumat]] syarikat menghargai mekanisma pemindahan fail dalaman yang sentiasasering bisa berfungsi dan tidak memerlukan [[pemacu peranti]] (''device driver'') untuk berfungsi. [[Syarikat Komputer Apple]] merupakan pengilang komputer secara pukal yang pertama meninggalkan pemandu cakera daripada model komputer sepenuhnya, dengan penngeluaran model [[iMac]] pada [[1998]], manakala [[Dell, Inc.|Dell]] meletakkan pemandu cakera liut sebagai pilihan dan model mereka bermula [[2003]]. Walau bagaimanapun, sehingga kini cakera liut masih lagi menjadi peranti utama untuk menyimpan dan bertukar data.
 
Terdapat juga pemacu cakera liut yang berdasarkan [[USB]] untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di mana-mana aja mesin komputer yang menyokong USB.
 
Cakera liut dirujuk secara universal di dalam ukuran imperial (''imperial measurement''), walaupun dibisanya negara yang menggunakan sistem [[SI|metrik]] [Nota: Di dalam rencana ini, penggunaan "KB" adalah merujuk kepada "KiloBait" (1,024 Bait).]
 
== Sejarah ==
Pengguna awanama