Pencemaran air: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 203.106.148.172 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Hanamanteo
Baris 9:
Para petani yang bekerja di [[Tanah Tinggi Cameron]] telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di [[Sungai Terla]]. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah [[Majlis Daerah Cameron Highlands]] mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.
 
Pengilang dari [[Taiwan]] telah dilaporkan mengekportmengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di [[Johor]], Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di [[Laut China Selatan]] telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.
 
== Rujukan ==