Revolusi Perindustrian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:Q2269
Baris 22:
 
== Faktor penyebab ==
Sebilangan sejarawan berpendapat Revolusi Perindustrian berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku dengan berakhirnya sistem [[feudalisme]] di Great Britain setelah berakhirnya [[Perang Saudara Inggeris]] pada kurun ke-1713. Dan dengan pengawalan sempadan yang semakin cekap, pengawalan penyakit berjangkit dapat dipertingkatkan sekaligus mengawal epidemik yang biasa terjadi pada zaman itu. Bilangan kanak-kanak yang hidup selepas dilahirkan meningkat yang membawa kepada gunatenaga yang lebih besar. Perladangan yang lebih baik serta Revolusi Pertanian di Britain menjadikan pengeluaran makanan lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga buruh telah memaksa penduduk yang ramai tidak lagi dapat bekerja dalam sektor pertanian tetapi ke industri kecil seperti menganyam dan ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina. Perluasan wilayah kolonial pada kurun ke-17 pula menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan, kewujudan pasaran kewangan dan pengumpulan modal juga disebut sebagai faktor-faktor revolusi berlaku.
 
Inovasi teknologi adalah ciri utama Revolusi Perindustrian dan kunci kepada teknologi ini adalah penciptaan enjin stim<ref>Hudson, Pat. ''The Industrial Revolution'', Oxford University Press US. ISBN 0-7131-6531-6 [http://books.google.com/books?ie=UTF-8&vid=ISBN0713165316&id=Bh7HVl92bVMC&pg=PA74&lpg=PA74&sig=IFA1UKF5OUj-wjGbeYaKoG0yDng Baca]</ref>. Enjim stim yang dicipta oleh [[James Watt]], telah digunakan untuk menggerakkan kilang-kilang dan lombong-lombong. Ia juga digunakan sebagai enjin yang menggerakkan keretapi.