Wira Kesatuan Soviet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '240px|thumbnail|default|''Pingat Bintang Emas Hero of the Soviet Union'' Gelaran '''Hero of the Soviet Union''' ('''Wira...'
 
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Gelaran '''Hero of the Soviet Union''' ('''Wira Kesatuan Soviet''') ({{lang-ru|''Герой Советского Союза''}}, ''Geroy Sovetskogo Soyuza'') merupakan penghormatan tertinggi dalam [[Soviet Union]], dikurniakan secara peribadi atau bersama kerana melakukan aksi kepewiraan yang menakjubkan dalam sumbangan kepada negara Soviet dan masyarakat.
 
==Gambaran==
Anugerah ini telah diwujudkan pada 5 Mei 1934, oleh [[Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet]]. Penerima pertama gelaran ini pada asalnya hanya menerima darjah [[Order of Lenin]], iaitu anugerah tertinggi Soviet, berserta dengan sijil (грамота, ''gramota'') yang menerangkan perbuatan kepewiraan daripada [[Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet|Presidium Tertinggi Soviet]] KRSS. Disebabkan Order of Lenin boleh dikurniakan untuk aksi-aksi menakjubkan yang tidak melayakkan gelaran wira, dan bagi membezakan para wira daripada pemegang darjah Order of Lenin yang lain, [[pingat Bintang Emas]] telah diperkenalkan pada 1 Ogos 1939. Wira-wira terawal adalah layak secara retroaktif untuk pingat ini.
 
Seorang wira boleh anugerahkan sekali lagi gelaran ini kerana melakukan aksi kepewiraan yang berikutnya dengan tambahan pingat Bintang Emas dan sijil. Satu darjah tambahan Order of Lenin tidak dikurniakan sehingga tahun 1973. Amalan penganugerahan yang berkali-kali telah dimansuhkan oleh [[Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet]] pada tahun 1988 sewaktu zaman [[perestroika]].
 
Ramai warga asing dianugerahkan gelaran ini.
 
Gelaran ini juga boleh diberikan selepas kematian, walaupun sering tanpa pemberian pingat Bintang Emas yang sebenar.
 
Gelaran ini hanya boleh dibatalkan oleh Presidium Tertinggi Soviet.
 
==Pautan luar==