Sejarah Kesatuan Soviet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 25 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q462252
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya seperti [[Finland]] dan [[Afghanistan]]. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil [[Perang Dingin]]. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa membina semula [[ekonomi]] Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para pembangkang dan melanggar [[hak asasi manusia]].
 
Selepas kematian Stalin pada 1953, [[Nikita S. Khrushchev]] beransur-ansur menjadi ketua Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan [[perlumbaan senjata nuklear]] dan [[perlumbaan angkasa|penjelajahan angkasa lepas]]. Walaupun begitu penglibatannya dalam [[krisis peluru berpandu Cuba]], yang hampir-hampir mencetuskan [[peperangan nuklear]], telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada [[1964]]. Pengganti Kruschev ialah [[Leonid I. Brezhnev]] yang meneruskan polisinya iaitu ''détente'' dengan negara Barat and penumpuan kepada [[perindustrian berat]] dan [[ketenteraan]].
 
Selepas kematian Brezhnev pada [[1982]], sistem [[politik]], [[ekonomi]] dan [[budaya]] negara telah dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, [[Iurii V. Andropov]] dan [[Konstantin U. Chernenko]], memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung [[CPSU]] dan ketua negara Soviet pada [[1985]], kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program pembaharuan yang dipanggil [[perestroika]], [[glasnost]], dan [[demokratizatsiia]].