Disleksia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hui shi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
 
Berdasarkan beberapa penyelidikan, kajian, dan penemuan, terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti boleh mengganggu otak jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama. Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan melalui reaksi imunologi, tetapi kesan bahan pencemar atau racun yang terkandung dalam bahan-bahan makanan. Antaranya adalah Salicylates, tartazine (zat pewarna makanan), nitrat, monosodium glutamate (MSG) dan seumpamanya. Oleh itu, para pengkaji berpendapat bahawa bahan pencemar dalam makanan ini dipercayai menjadi penyebab disleksia.
 
Masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak dilahirkan. Dalam tempoh lima tahun pertama selepas dilahirkan, seseorang kanak-kanak yang sering mengalami selsema dan jangkitan kuman pada bahagian tenggorok, boleh mempengaruhi pendengaran dan perkembangannya dari semasa ke semasa hingga boleh menyebabkan kecacatan. Keadaan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan intensif yang terperinci daripada doktor pakar. Masalah pendengaran yang dihadapi sejak dilahirkan akan menyebabkan otak yang sedang berkembang akan sukar menghubungkan bunyi atau suara yang didengar dengan huruf atau kata yang dilihatnya. Padahal, perkembangan pendengaran berkait rapat dengan perkembangan kemampuan bahasa yang akhirnya menimbulkan masalah jangka panjang, terutama jika disleksia ini tidak ditangani dengan segera khususnya daripada doktor pakar.
 
== Rawatan ==