Disleksia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Enen0130 (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Enen0130 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 29:
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian telah membuktikan disleksia yang
disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British
Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996). Kanak-kanak lelaki banyak menghidapai disleksia berbanding perempuan dengan kadar 3:1 disebabkan orang lelaki lebihbanyak memikul tanggungjawab berbanding perempuan.(Hallgren,1990).
 
Faktor neorobiologikal merupakan punca yang perlu dititikberatkan dalam masalah disleksia. Kortek penglihatan otak ialah bahagian korteks serebrum yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan penglihatan. Jadi, masalah pemprosesan visual menyebabkan seseorang sukar membaca. Hattum (1980) mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (dysfunction). Di samping itu, sistem pemprosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya hemisfera otak kiri lebih kecil sebanyak 27% daripada otak orang normal (Galaburda & Tallal,1991). Berasaskan kepada teori Orton, hemisfera otak kiri sepatutnya dominan dan mengawal hemisfera otak kiri, khususnya dalam aktiviti fungsi bahasa. Gangguan daripada hemisfera otak kanan semasa aktiviti bahasa menyebabkan berlaku kekeliruan dalam bahasa. Sepatutnya hemisfera otak kanan mengawal fungsi aktiviti bukan verbal (Orton, 1937). Satu daripada penyelidikan awal mengenai kesukaran membaca dan kemahiran bahasa mendapati bahawa dari segi teorinya, pembalikan huruf dan perkataan (strephosymbolia) merupakan simptom kepada kegagalan dominasi serebrum otak di kawasan kemahiran bahasa di hemisfera otak kiri. (Orton, 1937).