Pencemaran air: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 14.1.193.90 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Algazel
Baris 2:
'''Pencemaran air''' ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.
 
== Pencemaran Air di Malaysia ==
Punca utama pencemaran air di [[Malaysia]] adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti [[Ayam|ayam]], khinzir, [[Lembu|lembu]] dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an.
 
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di [[Seberang Perai]], [[Pulau Pinang]] telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.