Gendang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
k kemas
Baris 6:
Gendang Melayu dimainkan oleh masyarakat melayu mempunyai muka yang berlainan saiz. Satu muka dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Belulang itu ditegangkan dengan memasang gelung-gelung yang diperbuat dari rotan. Badanya diperbuat dari kayu nangka dan dipanggil temiang. Temiang berdekatan dengan muka besar, melengkung sedikit dan dililit dengan rotan. Gendang ini ada 2 saiz, yang besar dipanggil gendang ibu dan yang kecil dipanggil gendang anak. Gendang ini dimainkan dengan cara meriba dengan kedudukan melintang dan permukaannya dipalu dengan tapak tangan. Cara gendang ini ditala (tune) ialah dengan cara mengetatkan talinya. Ianya dimain ketika persembahan silat, wayang kulit atau main puteri.
 
Di kalangan masyarakat [[Iban]] di [[Sarawak]], gendang merupakan alat muzik tradisional yang sering digunakan terutamanya semasa majlis, perayaan-perayaan atau upcara-upacara tertentu seperti [[Gawai Dayak|Hari Gawai]]. Biasanya hanya satu jenis gendang masyarakat Iban. Gendang ini diperbuat daripada kayu yang ditebuk memanjang. Permukaan gendang agak kecil lebih kurang satu jengkal diameter (8 inci). Panjang gendang lebih kurang 1 meter. Permukaan gendang dipasang dengan kulit binatang seperti kulit kijang atau rusa yang ditegangkan dengan rotan. Gendang dimainkan dengan cara meriba dan dipalu dengan tapak tangan sahaja.
 
== Lihat juga ==