Pertempuran Itali (Perang Dunia Kedua): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
{{Campaignbox Kancah Mediterranean dan Timur Tengah}}
}}
 
'''Pertempuran Itali''' merupakan salah satu pertempuran terpenting dalam [[Perang Dunia Kedua]] dengan operasi [[Pihak Berikat]] di [[Itali]] yang bermula dari 1943 hingga penamat Perang Dunia Kedua di Eropah. Pertempuran ini merupakan operasi yang bertanggungjawab untuk semua Tentera Darat Bersekutu dalam penaklukan Mediterranean dan ia telah dirancang untuk [[Serangan Sekutu ke atas Sicily|penaklukan Sicily]] dan kempen di tanah besar Itali sehingga penyerahan kalah pasukan Jerman di Itali pada Mei 1945.
 
Pertempuran ini telah dianggarkan bahawa antara September 1943 dan April 1945, sebanyak 60,000 orang tentera Bersekutu dan 50,000 tentera Jerman terkorban di Itali. Pertempuran ini melibatkan banyak pasukan untuk menewaskan [[Kuasa Paksi|tentera Jerman]] dan Itali di Semenanjung Itali. Kerajaan Itali pada asalnya menyertai Jerman namun, kemuncak tentera Berikat menewaskan Jerman menyebabkan Kerajaan Itali menyertai Pihak Berikat semula sejak [[Perang Dunia Pertama]].
 
Pada tahun [[1943]], [[Adolf Hitler]] memaksa [[Benito Mussolini]] untuk menubuhkan [[negara boneka]] dari [[Jerman Nazi]] supaya Jerman dapat menahan serangan tentera Berikat. Pada mulanya, Mussolini menolak tawaran Hitler, namun Hitler kecam Mussolini sehingga penubuhan [[Republik Sosial Itali]] pada [[23 September]] tahun yang sama. RSI adalah negara boneka terakhir Nazi sebelum berakhirnya peperangan.
 
Negeri-negeri bebas seperti [[Pertempuran San Marino|San Marino]] dan [[Pengeboman Vatican|Vatican]] juga telah mengalami kerosokan akibat serangan Sekutu kerana kedua-dua wilayah tersebut adalah dikelilingi oleh Itali.