Dunia Baharu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
Seseorang boleh menyebut "Dunia Baru" dalam konteks [[sejarah]] apabila membincangkan pelayaran [[Christopher Columbus]], [[Penaklukan Sepanyol di Yucatán]], dsb. Keduanya, dalam konteks [[biologi]], seseorang boleh membincangkan spesies Dunia Lama dan Dunia Baru.
 
Walaupun [[Amerika]] sentiasa dipanggil "Dunia Baru", namun [[Australasia]] dolehboleh juga disifatkan sebagai "Dunia Baru" bergantung pada lingkungan perbualan. Dalam konteks biologi, Australasia bukan Dunia Baru mahupun Lama, kerana [[flora]] dan [[fauna]]nya ketara bezanya daripada flora dan fauna di [[Eurasia]] dan benua Amerika. Wain dari [[Australia]] dan [[New Zealand]] dipanggil 'Dunia Baru' kerana hanya baru-baru ini berjaya memasuki pasaran Eropah, sekaligus memintas kelarisan wain Perancis dan Sepanyol (terutamanya di UK).
 
Lama lagi sebelum Columbus, di Eropah, wujudnya banyak legenda mengenai benua-benua Barat di seberang lautan. Adalah dipercayai bahawa ini berpunca daripada hubungan prasejarah dengan Dunia Baru. Contoh-contoh termasuk [[Ireland Besar]] Norse atau ''Hvítramannaland'' ("Tanah Orang Putih"); "rumah para orang kudus" yang dilawati [[St. Brendan]], Ketua Rahib Cluainfert, yang tercatat dalam ''[[Kitab Lismore]]'' Ireland; legenda [[Madoc]] dari [[Wales]]; dan juga kisah [[Atlantis]] oleh [[Plato]].