Ahmad Merican: Perbezaan antara semakan

pemuzik veteran Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Ahmad Merican diberi gelaran 'Grand Old Man of Television' oleh pihak media tempatan. Tan Sri Ahmad Othman Merican telah mempelopori pelbagai bidang dalam h...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 02:19, 20 Julai 2014

Ahmad Merican diberi gelaran 'Grand Old Man of Television' oleh pihak media tempatan. Tan Sri Ahmad Othman Merican telah mempelopori pelbagai bidang dalam hidupnya. Beliau merupakan orang pertama diberi tanggungjawab merakamkan lagu kebangsaan Malaysia, pencetus idea-idea bernas program hiburan dan pentadbir Orkestra Malaya sekitar tahun 50an.

Penglibatan & Sumbangan

Kesungguhan beliau dalam bidang muzik teruji apabila beliau menerbitkan dengan jayanya program muzikal bersiri seperti Bakat TV, Juara Kugiran dan Pesta Dendang Rakyat di kaca TV. Tokoh Penyiar 1994 itu juga merupakan pengasas Pertandingan Bintang RTM, program menguji bakat yang mampu bertahan sehingga kini. Bukan itu sahaja beliau adalah pencetus konsep rancangan hiburan seranta seperti Malam Irama Malaysia dan Pertandingan Mencipta Lagu yang menjadi hits di era kerjaya beliau. Beliau juga merupakan pencipta lagu klasik evergreen, Tanah Pusaka disamping Tan Sri Dol Ramli sebagai penulis lirik.

Di bidang akademik, Ahmad merupakan pelajar Malaysia pertama melanjutkan pelajaran ke Berklee School of Music di Boston, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam penerbit perintis RTM yang dipertanggungjawab untuk memperkenalkan media elektronik terbaru pada masa itu, iaitu televisyen, kepada para penonton di Malaysia.

Walaupun setelah meninggalkan RTM, Tokoh Muzik Tanahair, Tan Sri Ahmad Merican terus aktif mengikuti perkembangan televisyen Malaysia. Beliau juga adalah ahli lembaga Kolej Muzik Antarabangsa (International College of Music) dan panel penasihat Akademi Seni Kebangsaan. Ahmad Merican kini diusia emas bahagia disamping isteri Puan Sri Mahani Abdullah dan 6 anak serta cucu-cucu tersayang.

Rujukan

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/biografi-ahmad-merican.html#ixzz3828xjhqG Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com