Buka menu utama

Perubahan

536 bait ditambah ,  5 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
{{Infobox building
| name = Wolf's Lair
| native_name = WolfsshanzeWolfsschanze
| image = Wolfsschanze, Gierloz, Poland 2.jpg
| image_alt =
| caption = Pintu masuk ke Führer Bunker di ''Wolfsschanze''.
| cost map_type = Poland
| map_caption = Location within Poland
| owner = [[Poland|Kerajaan Poland]]
| location_town = [[Gierłoż, Daerah Kętrzyn|Hutan Gierłoż]], [[Kętrzyn|Rastenburg]], [[Poland]]
| start_date = 1940
| completion_date = 21 Jun 1941
| destruction_date = 24-25 Januari 1945
| architect =
| architecture_firm = [[Hochtief|Hochtief AG]]<br/> [[Organisasi Todt]]
'''Wolfsschanze''' (lebih dikenali sebagai '''Wolf's Lair''' atau '''Sarang Serigala''' oleh negara-negara Barat) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama [[Adolf Hitler]] di perbatasan timur semasa [[Perang Dunia II]]. Ia merupakan salah satu daripada beberapa [[Markas Führer]] (''Führerhauptquartier'') yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. Kompleks ini yang dibina untuk [[Operasi Barbarossa]], serangan Jerman ke atas [[Kesatuan Soviet]] pada tahun 1941, terletak di dalam hutan [[Masuria]], kira-kira {{convert|8|km|mi}} daripada sebuah bandar kecil [[Kętrzyn|Rastenburg]], [[Prusia Timur]] (kini Kętrzyn di [[Poland]]).
 
Sistem kubu asal telah dibina oleh [[PertubuhanOrganisasi Todt]], tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan [[Tentera Merah]] Rusia ke [[Angerburg]] (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira {{convert|15|km|mi}} darinya. Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada ''[[Reichssicherheitsdienst]]'' [[SS]] dan pasukan daripada [[Führer Begleit Brigade]] armor ''[[Wehrmacht]]'''. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada [[Plot 20 Julai|20 Julai 1944]].
 
Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941,<ref name=kershaw /> dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah menghabiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.
 
Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, hanya 48 jam sebelum kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż ({{lang-de|Forst Görlitz}}) berdekatan Kętrzyn, Poland.<ref> Dahulunya, kompleks ini terletak di wilayah [[Prusia Timur]], Jerman, iaitu bahagian selatan di mana ia kemudian telah diberikan kepada [[Republik Rakyat Poland]] selepas tamat perang pada tahun 1945.</ref>
 
== Rujukan ==
12,034

suntingan