Salib Besi Kesataria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
 
Pengurnian sah Knight Cross yang terakhir, dalam mana-mana darjah, mesti dilakukan sebelum jam 23:01 [[Waktu Eropah Tengah]] 8 Mei 1945, iaitu masa sebelum [[penyerahan kalah Jerman]] dikuatkuasakan. Beberapa pengurnian telah dibuat selepas tarikh ini, yang terakhir pada 17 Jun 1945. Pengurnian terakhir ini dianggap sebagai anugerah [[de facto]] bukannya [[de jure]]. Dalam era Jerman selepas Perang Dunia II, [[Republik Persekutuan Jerman]] melarang pemakaian lambang Nazi. Pada tahun 1957, kerajaan Jerman meluluskan penggantian bagi Knight Cross of the Iron Cross, berserta kelompok daun oak menggantikan swastika, yang mana boleh dipakai oleh penerima-penerima Knight Cross Perang Dunia II. Pada tahun 1986, [[Persatuan Penerima Knight Cross]] (AKCR) mengakui jumlah 7,322 penganugerahan telah dibuat kepada anggota-anggota tiga cabang tentera [[Wehrmacht]] - [[Heer (1935–1945)|Heer]] (Tentera Darat), [[Kriegsmarine]] (Tentera Laut) dan [[Luftwaffe]] (Tentera Udara) - serta [[Waffen-SS]], [[Reichsarbeitsdienst]] (RAD - Perkhidmatan Buruh Reich) dan [[Volkssturm]] (Tentera Awam). Terdapat juga 42 orang penerima dalam angkatan tentera sekutu Reich Ketiga dengan jumlah keseluruhan 7,365 orang. Analisis oleh Arkib Negara Jerman mendedahkan bukti dengan 7,162 orang secara rasmi - ''de facto'' dan ''de jure'' - dikurniakan Salib Kesatria, termasuk satu pengurnian tambahan yang sebelum ini dikenali oleh AKCR. AKCR menamakan 890 orang penerima darjah Daun Oak bagi Salib Kesatria, termasuk lapan penerima yang berkhidmat didalam angkatan tentera sekutu Reich Ketiga. Arkib Negara Jerman tidak menyokong 27 orang dari penerima Daun Oak ini. Darjah Pedang bagi Salib Kesatria telah dikurniakan sebanyak 160 kali menurut AKCR, antaranya ialah pengurnian anumerta kepada Laksamana Jepun [[Isoroku Yamamoto]], 13 yang lain tidak dapat disokong oleh Arkib Negara Jerman. Darjah Berlian bagi Salib Kesatria telah dikurniakan sebanyak 27 kali, kesemuanya di sahkan oleh Arkib Negara Jerman. Darjah terakhir, Daun Oak Emas bagi Salib Kesatria telah dikurniakan sekali secara sah kepada [[Hans-Ulrich Rudel]] pada 29 Disember 1944.
 
{{Senarai anugerah tentera Reich Ketiga}}
 
[[Kategori:Perang Dunia Kedua]]