Condor Legion: Perbezaan antara semakan

968 bait ditambah ,  7 tahun lalu
 
== Sejarah bantuan ketenteraan kepada Sepanyol ==
Selepas rampasan kuasa di Sepanyol pada permulaan Perang Saudara Sepanyol, pihak [[Republik Sepanyol Kedua]] meminta sokongan Soviet Union dan Perancis, dan puak nasionalis meminta bantuan Hitler Jerman dan fasis Itali. Permintaan pertama untuk pesawat Jerman telah dibuat pada 22 Julai, dengan pesanan 10 buah pesawat pengangkut. Hitler memutuskan untuk membantu nasionalis pada 25 atau 26 Julai, tetapi berhati-hati dalam membangkitkan peperangan besar Eropah. Kementerian Udara Reich menyimpulkan bahawa tentera nasionalis memerlukan lebih kurang 20 buah [[Ju 52]], dikendalikan oleh juruterbang [[Deutsche Luft Hansa|Luft Hansa]], untuk membawa Tentera Darat Afrika daripada negara Maghribi ke Sepanyol. Misi ini dikenali sebagai [[Operasi Magic Fire]] ({{lang-de|Feuerzauber}}). Usaha sama Sepanyol-Jerman "Spanish-MoroccanSyarikat TransportPengangkutan CompanySepanyol-Maghribi" ({{lang-es|Companía Hispano-Marroquí de Transporte}}, HISMA) dan seluruh syarikat Jerman, Bahan Mentah dan Syarikat Barangan ({{lang-de|Rohstoffe-und-Waren-Einkaufsgesellschaft}}, ROWAK) telah ditubuhkan. Penglibatan ini menjadi rahsia, disembunyikan daripada kementerian luar dan ekonomi, dan dibiayai dengan tiga juta Reichmarks.
 
Organisasi dan perekrutan para sukarela Jerman juga menjadi rahsia. Kontingen pertama berjumlah 86 orang bertolak pada 1 Ogos, tidak menyedari kemana mereka pergi. Mereka diiringi dengan enam buah pesawat pejuang bersayap dua, meriam anti pesawat dan kira-kira 100 tan bekalan lain. Mereka telah diletakkan di lapangan terbang Tablada berhampiran Seville, dan diiringi oleh pengangkut udara Jerman yang memulakan pengangkatan tentera Franco ke Sepanyol. Penglibatan Jerman bertambah pada September melingkungi cabang tentera Wehrmacht yang lain; Operasi Magic Fire telah dinamakan semula Operasi Guido pada November. Dipercayai askar-askar tersebut melatih puak nasionalis Sepanyol, dan tidak berperang. Ketua Kriegsmarine menyediakan kapal selam daripada 24 Oktober. Tentera Laut Jerman juga menyediakan pelbagai kapal laut dan menyelaras pergerakan bekalan Jerman ke Sepanyol. [[U-boot]] Jerman telah dihantar ke perairan Sepanyol dibawah nama samaran Ursula.
13,409

suntingan