Condor Legion: Perbezaan antara semakan

776 bait ditambah ,  7 tahun lalu
 
Organisasi dan perekrutan para sukarela Jerman juga menjadi rahsia. Kontingen pertama berjumlah 86 orang bertolak pada 1 Ogos, tidak menyedari kemana mereka pergi. Mereka diiringi dengan enam buah pesawat pejuang bersayap dua, meriam anti pesawat dan kira-kira 100 tan bekalan lain. Mereka telah diletakkan di lapangan terbang Tablada berhampiran Seville, dan diiringi oleh pengangkut udara Jerman yang memulakan pengangkatan tentera Franco ke Sepanyol. Penglibatan Jerman bertambah pada September melingkungi cabang tentera Wehrmacht yang lain; Operasi Magic Fire telah dinamakan semula Operasi Guido pada November. Dipercayai askar-askar tersebut melatih puak nasionalis Sepanyol, dan tidak berperang. Ketua Kriegsmarine menyediakan kapal selam daripada 24 Oktober. Tentera Laut Jerman juga menyediakan pelbagai kapal laut dan menyelaras pergerakan bekalan Jerman ke Sepanyol. [[U-boot]] Jerman telah dihantar ke perairan Sepanyol dibawah nama samaran Ursula.
 
Dalam masa dua minggu selepas 27 Julai, pengangkut Jerman mengangkat hampir 2,500 anggota Tentera Darat Afrika ke Sepanyol. Pada 11 Oktober, misi tersebut akhirnya tamat, sejumlah 13,500 askar, 127 mesingan dan 36 buah [[Artileri|meriam medan]] telah dibawa kedalam Sepanyol dari Maghribi. Sepanjang tempoh ini terdapat satu gerakan latihan dan misi bekalan tempur secara terang-terangan. Ketua operasi, Alexander von Scheele, telah digantikan oleh [[Walter Warlimont]]. Pada September, 86 tan bom, 40 buah kereta kebal [[PzKpfw I]] [[Panzer]] dan 122 anggota telah mendarat di Sepanyol; mereka telah diiringi dengan 108 pesawat dalam tempoh Julai–Oktober, berpecah antara pesawat untuk puak Nasionalis sendiri dan kapal terbang untuk para sukarelawan Jerman di Sepanyol.
13,409

suntingan