Condor Legion: Perbezaan antara semakan

1,031 bait ditambah ,  7 tahun lalu
 
Dalam masa dua minggu selepas 27 Julai, pengangkut Jerman mengangkat hampir 2,500 anggota Tentera Darat Afrika ke Sepanyol. Pada 11 Oktober, misi tersebut akhirnya tamat, sejumlah 13,500 askar, 127 mesingan dan 36 buah [[Artileri|meriam medan]] telah dibawa kedalam Sepanyol dari Maghribi. Sepanjang tempoh ini terdapat satu gerakan latihan dan misi bekalan tempur secara terang-terangan. Ketua operasi, Alexander von Scheele, telah digantikan oleh [[Walter Warlimont]]. Pada September, 86 tan bom, 40 buah kereta kebal [[PzKpfw I]] [[Panzer]] dan 122 anggota telah mendarat di Sepanyol; mereka telah diiringi dengan 108 pesawat dalam tempoh Julai–Oktober, berpecah antara pesawat untuk puak Nasionalis sendiri dan kapal terbang untuk para sukarelawan Jerman di Sepanyol.
 
Krew-krew udara Jerman membantu [[Kemaraan ke Madrid|kemaraan Nasionalis ke Madrid]], dan kejayaan pembebasan [[Kepungan Alcázar]]. Akhirnya, fasa Kepungan Madrid tidak berjaya. Bantuan udara Soviet bagi pihak Republikan semakin bertambah, terutama daripada bekalan pesawat [[Polikarpov]]. Warlimont merayu kepada Nazi Jerman untuk menambahkan bantuan. Selepas pengiktirafan Jerman keatas kerajaan Franco pada 30 September, usaha-usaha Jerman di Sepanyol telah disusun semula dan diperbesarkan. Struktur pemerintahan sedia ada telah digantikan dengan [[Winterübung Rügen]], dan unit-unit tentera sedia ada di Sepanyol telah dibentuk menjadi sebuah legion baru, yang dipanggil sebagai Iron Rations ({{lang-de|Eiserne Rationen}}) dan Iron Legion ({{lang-de|Eiserne Legion}}) sebelum [[Hermann Goering]] menamakannya Condor Legion ({{lang-de|Legion Condor}}). [[Kuasa usaha]] pertama Jerman bagi kerajaan Franco, Jeneral [[Wilhelm von Faupel]], tiba pada November, tetapi diberitahu jangan masuk campur dalam hal-hal ketenteraan.
13,409

suntingan