Perbezaan antara semakan "Revolusi Nasional Indonesia"

k
kemas pautan
(Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Revolusi Nasional Indonesia''' atau '''Perang Kemerdekaan Indonesia''' ialah sebuah konflik bersenjata serta pergelutan diplomatik antara Indonesia d...')
 
k (kemas pautan)
'''Revolusi Nasional Indonesia''' atau '''Perang Kemerdekaan Indonesia''' ialah sebuah konflik bersenjata serta pergelutan diplomatik antara [[Indonesia]] dan [[Empayar Belanda]], dan juga sebuah [[revolusi sosial]] dalaman. Revolusi ini berlaku antara detik [[Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia|pengisytiharan kemerdekaan]] oleh Indonesia dalam tahun 1945 dan pengiktirafan kemerdekaan Indonesia oleh [[Belanda]] pada penghujung tahun 1949. Pergerakan kemerdekaan Indonesia bermula dalam tahun 1908, yang sekarang diperingati sebagai [[Tahun Kebangkitan Bangsa]] Indonesia.
 
Perjuangan kemerdekaan berlanjutan selama empat tahun dan melibatkan konflik bersenjata yang berdarah, pergolakan politik dan masyarakat Indonesia, dan campur tangan diplomatik besar sebanyak dua kali. Angkatan Belanda gagal menewaskan orang Indonesia.<ref name="DESTINIESp35">Friend (2003), page 35</ref> Kendatipun angkatan Belanda berjaya mengawal bandar-bandar di wilayah yang dipegang pihak Republik di [[Pulau Jawa]] dan [[Sumatera]], mereka tidak dapat menguasai kampung-kampung dalam kawasa-kawasan pedalaman. Justeru, ''Republik Indonesia'' akhirnya meraih kejayaan melalui usaha diplomatik antarabangsa dan dan dengan kegigihan orang Indonesia dalam pertempuran bersenjata di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain.<ref name="DESTINIESp35">Friend (2003), page 35</ref>