Perbezaan antara semakan "Keling"

2,399 bait dibuang ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Membalikkan suntingan oleh 60.48.204.63 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Ma Hzi Wong)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
==Makna asal==
Dari segi sejarah, perkataan keling merujuk kepada [[Benua Keling]]<ref>[http://books.google.com.my/books?id=w7AqZR1ZUZgC&pg=PA113&dq=keling Leaves of the same tree By Leonard Y. Andaya]</ref>, kini [[India]], sebagaimana yang disebut dalam [[Sulalatus Salatin|''Sulalatus Salatin'' (Sejarah Melayu)]] dan [[Hikayat Hang Tuah]] mengenai pelayaran ke benua Keling, kampung Keling dan sebagainya. Selain itu perkataan keling menjadi lumrah di keseluruhan [[Tanah Melayu]] pada masa itu. Penggunaan perkataan ini dapat dilihat melalui [[Masjid Kapitan Keling]] di [[Pulau Pinang]], [[Tanjung Keling]], [[Melaka]], dan [[kuih telinga keling]] di [[Johor]]. Kemungkinan lain adalah ia merujuk kepada ''Kerajaan Kalinga'' juga merupakan sebuah kerajaan besar India purba (Bharata Varsha) bersama Vodhas dan sepanjang bersama Kiratas yang tinggal di timur.<ref>[http://en.wikipedia.org/wiki/Kalinga_Kingdom Kerajaan Kalinga (Inggeris)]</ref>
 
Selain itu, beberapa Dinasti Kalinga turut menghantar angkatan besar yang terdiri daripada beberapa kapal dan rakyatnya dan belayar kebanyak tempat di Asia Tenggara termasuk Sri Langka (''Ceylon''). Mereka ini kemudiannya mengasaskan keluarga Diraja Sinhala dan dinasti Kalinga di Jawa. Kapal-kapal ini belayar dari Kalinga dan terus ke Nicobar atau ke Ta Kuapa di selatan Thailand. Atau mereka belayar ke selatan dan sampai ke kerajaan Sumatera Utara seperti Akshaya, atau Kadaram di Malaysia.
 
Pelabuhan Kalinga ini mengendalikan laluan perkapalan yang banyak dengan jumlah perdagangan dan kuasa ekonomi yang besar. DIsebabkan kebanyakan kapal datang dari Kalinga, dan pengembara, walaupun datang dari segenap penjuru India tiba menggunakan kapal kepunyaan Kalinga, istilah Keling digunakan bagi merujuk kepada kesemua mereka. Disebabkan lumrahnya penggunaan perkataan keling, keturunan dari India lain seperti suku [[Indo-Aryan]] seperti di utara India, [[Pakistan]], [[Bangladesh]] juga dikenali sebagai bangsa keling dari Benua Keling (kini dikenali sebagai negara India).
 
Orang Cina pula mengenali mereka sebagai 'Kleynga' dan orang Tamil sebagai ''Chu-lien''. Chu-lien diambil dari Cholzia - penduduk tempatan Cholza Desa. Kini perkataan itu dikenali sebagi Chulia dan digunakan bagi merujuk kepada Tamil Muslim. <ref>[http://books.google.com.my/books?id=GSnHAAAAIAAJ&q=Chu-lien&dq=Chu-lien&lr=&pgis=1 India's diplomatic relations with the East By Bhasker Anand Saletore]</ref>
 
Penduduk India ini menetap di banyak tempat dan di mana mereka duduk tempat itu dikenali sebagai Pekan Keling, Kampong Keling, dan Tanjong Keling.
 
Semasa Kesultanan Melaka, pedagang Tamil tinggal dengan senang lenang. Pengembara Portugis seperti Castanheda banyak menulis tentang zaman keagungan Melaka 1528 hingga 1538, menyebut mengenai kekayaan mereka dan memanggil mereka sebagai Chiitis, dari perkataan Tamil Tamil word Chetti atau Keling (''Quelins'')<ref>[http://books.google.com.my/books?id=3qk-p5hKuccC&pg=PA46&dq=Quelins+india&lr= Portuguese Vocables in Asiatic Languages By Sebastião Rodolfo Dalgado, Anthony X. Soares]</ref>. Mereka menulis bahawa bahagian bandar Melaka di mana golongan Chiities tinggal adalah lebih besar, baik, cantik dan kaya berbanding bahagian lain di Melaka, yang kini dikenali sebagai 'Tanjong Keling'.
 
Castanheda:
:"Di bahagian utara bandar, tinggal saudagar yang dikenali sebagai Quelins; Di bahagian ini, bandarnya lebih besar berbanding bahagian lain. Terdapat ramai saudagar asing di Melaka, yang seperti saya katakan dahulu, tinggal sesama mereka. Mereka adalah moors (Arab) dan pagan. Kaum pagan kebanyakannya datang dari Paleacate; mereka menetap di sini. Mereka amat kaya. Mereka adalah pedagang terkaya di dunia pada tempoh ini"...... <ref>[http://books.google.com.my/books?id=Y09XAAAAMAAJ&q=Castanheda+rich&dq=Castanheda+rich&lr= Foreign notices of South India By Kallidaikurichi Aiyah Nilakanta Sastri]</ref>, <ref>[http://www.visvacomplex.com/Keling_English_Version.html KELING BY DR.S.JAYABARATHI]</ref>
 
==Penggunaan==
4

suntingan