Pada 22 Disember 2005, Pengerusi [[Angkatan Pelopor India Muslim]] Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM), Ramli@Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman [[DBP]], Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari [[Kamus Dewan]] Edisi Ketiga kerana menghina kaum India Malaysia. Tetapi Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad berhujah bahawa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.
Pada 29 Disember 2006, Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan dakwaan APIM bahawa 'Keling' menghina kaum India Malaysia. Pada 14 Mei 2009, Hakim Lau Bee Lan di [[Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur]], memutuskan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia untuk tujuan pembelajaran. Tiada mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.<ref>[http://malaysiakini.com/news/104348 'Keling' kekal dalam Kamus Dewan]</ref>
Perkataan Keling juga dianggap mempunyai konotasi negetif di [[Indonesia]].<ref>[http://cetak.kompas.com/read/xml/2008/07/18/00085757/dari.kampung.keling.ke.kampung.madras Dari Kampung Keling ke Kampung Madras, KOMPAS, Jumat, 18 Juli 2008]</ref>