Ebby Saiful: Perbezaan antara semakan

Pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Ebby Saifullah Ali''' atau lebih dikenali sebagai ''Ebby Saiful'' merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV ya...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:17, 1 Ogos 2014

Ebby Saifullah Ali atau lebih dikenali sebagai Ebby Saiful merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular Malaysia dan Singapura pada era 1980an.

Pembabitan Awal

Ebby merupakan anak kepada komposer Ali Ahmad dan aktres Norsiah Yem. Beliau juga cucu kepada aktres Minah Yem. Beliau merupakan bapa kepada Erin Adrina Salsatila dan Endra Edrian Saifullah dan suami kepada, Marini Ahmad. Ebby memulakan 'kariernya' sebagai pelakon ketika berusia sembilan tahun dalam filem Asmara Kirana yang diterbitkan pada 1968. Pun begitu, sebenarnya beliau sudah mula berlakon ketika umur tiga tahun sebagai pelakon ekstra kanak-kanak dalam filem Raja Bersiong (versi Hitam Putih pada awal 1960an. Pengarah Nas Ahnaz menawarkan saya watak Jantan dalam filem Asmara Kirana bersama aktor terkenal Ed Osmera. Walaupun filem berkenaan dikatakan telah menampilkan bakat lakonannya, Ebby tidak berminat untuk terus menjadi pelakon kanak-kanak/remaja kerana lebih meminati bidang muzik seperti yang diwarisi daripada bapanya.

Bidang Lakonan

Penampilannya dalam drama purba Demang Lebar Daun bersama Idris Hashim telah membuatkannya meninggalkan bidang muzik dan nyanyian. Drama purba arahan Hasiah Ariffin untuk RTM benar-benar membuka pintu hatinya untuk berlakon semula. Bermula daripada drama itulah, Ebby terus ditawarkan berlakon dalam filem Ali Setan (1986) diikuti Marah-Marah Sayang, Balik Kampung, Hantu Siang, Suara Kekasih, Perempuan, Sumpahan Mahsuri, Rentak Desa dan filem terakhirnya Azizah The Legend (1993).

Filem beliau yang paling diingati adalah Ali SetaN. Memegang watak sebagai Latif, kawan baik kepada Ali Setan lakonan Azmil Mustapha, Ebby berjaya mencuri hati para peminat filem ketika itu. Sebagai siswa sebuah universiti, lakonan benar-benar mewarnai filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu.


Bidang Muzik

Apabila berusia 19 tahun, beliau bersama rakan-rakan seusia menubuhkan kumpulan The Beez kemudian dikenali New Breed. Mereka bermain muzik di Hotel Merlin selama tujuh tahun mulai 1978. Bakatnya sebagai pemuzik bukan sahaja menjadi sumber rezeki Ebby, malah ia memberi peluang kepada Ebby menjadi artis rakaman apabila dia muncul dengan dua album dibawah syarikat rakaman SRC iaitu Pahlawan Cangkul (1980) dan Untuk Anita (1983). Kemudian Ebby muncul dengan album ketiganya Kisah Cinta. Album tersebut yang mengandungi lagu hits Bila Bunga Berguguran diterbitkan dibawah syarikat Polygram pada tahun 1986.


Selain berlakon, Ebby juga berbakat mencipta lagu. Ini terbukti kesemua lagu untuk filem Marah-Marah Sayang dicipta olehnya. Bukan itu sahaja, malah lagu ciptaannya Bunga-Bunga Berguguran yang pernah mencipta populariti aktres yang juga penyanyi Fauziah Ahmad Daud dalam filem Suara Kekasih. Selain mencipta lagu untuk filem, Ebby juga turut mencipta lagu untuk penyanyi lain antaranya, Flora Santos dengan lagu Melodi Kasih. Ebby juga sering mencipta lagu tema untuk drama arahannya antaranya Dengan Nama Tuhan untuk drama Antoganis.


Bidang Pengarahan

Sementara Sumpahan Mahsuri yang diterbitkan oleh syarikat milik Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1989, menonjolkan sisi Ebby sebagai penolong pengarah. Filem yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong, bukan sahaja meletakkan isterinya, Datin Rosnani Jamil sebagai penolong pengarah, malah Ebby turut dilantik sebagai penolong pengarah kedua. Penggambaran filem itu memakan masa lebih sebulan. Berkampung di Kedah dan Langkawi sepanjang penggambaran memberi banyak pengalaman dan pendekatan kepadanya dalam bidang pengarahan. Sejak itulah, Ebby meneruskan kerjayanya sebagai penolong pengarah apabila Anwardi Jamil menawarkannya juga jawatan. Biarpun sinonim dengan produksi drama-drama dan filem bergenre purbakala, Ebby juga diberi peluang pada tahun 1990 apabila Anwardi mengarah drama komedi Gado-Gado dan melantiknya sebagai penolong pengarah. Bermula dengan Gado-Gado terbitan Double Vision, kemudian Anwardi memberi peluang mengarah drama bersiri purba Melaka sebanyak 13 episod dan 13 episod lagi diarahkan oleh Jamil.

Sejak itulah, Ebby mula mengorak langkah sebagai pengarah drama tanpa menoleh ke belakang dan sehingga kini lebih daripada 100 drama telah diarahkannya. Menurut Ebby, pengalaman sekian lama sebagai pengarah drama, sedikit demi sedikit menggamit hatinya untuk mengarah filem juga namun sehingga kini beliau belum mendapat kesempatan tersebut.

Filmografi

  • Raja Bersiong (1960)
  • Asmara Kirana (1969)
  • Ali Setan (1985)
  • Marah-Marah Sayang (1985)
  • Balik Kampung (1986)
  • Hantu Siang (1986)
  • Suara Kekasih (1987)
  • Perempuan (1988)
  • Sumpahan Mahsuri (1989)
  • Rentak Desa (1991)
  • Azizah The Legend (1993)

Diskografi

  • Pahlawan Cangkul (1980)
  • Untuk Anita (1983)
  • Kisah Cinta (1986)