Perbezaan antara semakan "Tripanosomiasis Afrika"

k
+pautan
k (kemas)
k (+pautan)
 
}}
 
''' Tripanosomiasis Afrika ''' atau '''penyakit tidur'''<ref name=WHO2013/> ialah [[penyakit]] [[parasit]] [[protozoa]] yang menjangkiti manusia dan beberapa binatang lain. Ia disebabkan oleh sejenis parasit dari spesis ''[[Trypanosoma brucei]]''.<ref>{{MedlinePlusEncyclopedia|001362|Sleeping sickness}}</ref> Terdapat dua jenis yang mengancam manusia, ''[[Trypanosoma brucei gambiense]]'' (T.b.g) dan ''[[Trypanosoma brucei rhodesiense]]'' (T.b.r.).<ref name=WHO2013/> T.b.g menyebabkan 98% daripada kes-kes yang dilaporkan.<ref name=WHO2013>{{cite journal|author=WHO Media centre|title=Fact sheet N°259: Trypanosomiasis, Human African (sleeping sickness)|year=June 2013|url=http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs259/en/}}</ref> Kedua-dua biasanya dipindahkan melalui gigitan [[lalat tsetse]] yang dijangkiti dan biasanya didapati di kawasan-kawasan pedalaman.<ref name=WHO2013/>
 
Pada permulaannya, pada tahap pertama penyakit tersebut, demam, sakit kepala, gatal-gatal, dan sakit sendi akan dialami.<ref name=WHO2013/> Ini akan berlaku selama satu sehingga tiga minggu selepas digigit.<ref name=Lancet2013/> Dalam tempoh berminggu-minggu sehinggalah berbulan-bulan kemudian, tahap kedua muncul apabila pesakit mengalami kekeliruan, koordinasi badan yang tidak baik, kekakuan dan masalah tidak boleh tidur.<ref name=WHO2013/><ref name=Lancet2013/> Diagnosis dibuat dengan mengesan parasit tersebut dalam [[calitan darah]] atau dalam cecair di dalam nodul limfa.<ref name=Lancet2013/> Satu [[punktur lumbar]] selalunya diperlukan untuk mengetahui perbezaan antara tahap pertama dan kedua penyakit tersebut.<ref name=Lancet2013/>