Bahasa Mandarin: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Perkataan '''Mandarin''' boleh merujuk kepada dua konsep yang berlainan: sama ada kepada semua dialek Mandarin, atau cuma [[Bahasa Mandarin Baku]], yang berasaskan dialek [[Beijing]]. Bahasa Mandarin Baku berfungsi sebagai bahasa pertuturan rasmi [[Republik Rakyat China]], [[Republik China]] ([[Taiwan]]), dan [[Singapura]]. "Bahasa Cina" — secara tepatnya, Bahasa Mandarin — merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]].
 
Dalam kegunaan seharian, "Mandarin" biasanya merujuk kepada Bahasa Mandarin Baku sahaja. Golongan dialek Mandarin yang lebih luas merangkumi dialek-dialek berbagai yang saling berkaitan; ada yang kurang mudah saling difahami daripada yang lain. Penggolongan ini didekatkan dan digunakan oleh pakar bahasa, dan tidak kerap digunakan di luar konteks akademik sebgaisebagai deskripsi tersendiri. Sebaliknya, apabila ditanya untuk mengenal pasti bentuk bahasa yang dituturnya, seorang Cina itu yang bertutur dalam sebentuk bahasa Mandarin akan mengenal pasti variasi yang dituturnya, contohnya dialek [[Sichuan]] atau [[China]] utara, dan menganggapnya berbeza daripada "Bahasa Mandarin [Baku]"; mereka mungkin tidak menganggap bahawa bahasa itu sebenarnya digolongkan oleh pakar bahasa sebagai sebentuk bahasa "Mandarin" dalam erti yang lebih luas. Malah tiada juga identiti "Mandarin" umum berdasarkan bahasa; sebaliknya, terdapat identiti kawasan tersendiri yang kukuh, bertengahkan dialek Mandarin individu, disebabkan pengedaran geographi penuturnya yang amat meluas.
 
==Pautan Luar==
Pengguna awanama