Perjanjian Munich: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[File:MunichAgreement.jpg|thumb|300px|Selepas persidangan tersebut, Perdana Menteri British [[Neville Chamberlain|Chamberlain]] pulang ke Great Britain dan telah mengisytiharkan perjanjian Munich sebagai "peace for our time" ("keamanan untuk kita")]]
 
'''Perjanjian Munich''', '''Persetujuan Munich''' atau '''Munich Agreement''' adalah penyelesaian yang membenarkan [[Jerman Nazi]] [[Pendudukan Jerman keatas Czechoslovakia|mengilhak sebahagian Czechoslovakia]] disepanjang sempadan negara itu terutamanya yang didiami oleh bangsa Jerman, yang mana gelaran wilayah baru "[[Sudetenland]]" dicipta. Perjanjian itu telah dirundingkan pada persidangan yang diadakan di [[Munich]], Jerman, di kalangan kuasa-kuasa besar di Eropah, tanpa kehadiran Czechoslovakia. Kini, ia secara meluas dianggap sebagai perbuatan yang gagal [[memujuk]] Jerman. Perjanjian itu ditandatangani pada awal pagi 30 September 1938 (tetapi bertarikh 29 September). Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan masa depan Sudetenland dalam menghadapi tuntutan etnik yang dibuat oleh [[Adolf Hitler]]. Perjanjian itu ditandatangani oleh Jerman, [[Republik Perancis Ketiga|Perancis]], [[United Kingdom]], dan [[Kerajaan Itali (1861-1946)|Itali]]. Sudetenland adalah kepentingan strategik yang besar kepada [[Czechoslovakia]], kerana sebahagian besar pertahanan sempadannya terletak di sana, dan kebanyakkan bank {{citation needed|date = July 2014}} dan industri berat terletak di sana.
 
Oleh kerana negara Czechoslovakia tidak dijemput ke persidangan itu, ia menganggap dirinya telah dikhianati oleh United Kingdom dan Perancis, jadi [[Czech]] dan [[Slovakia]] memanggil Perjanjian Munich sebagai '''Munich Diktat''' ({{lang-cs | Mnichovský diktát}}; {{lang-sk | Mníchovský diktát}}). Ungkapan "[[Pengkhianatan Barat|Pengkhianatan Munich]]" ({{lang-cs|Mnichovská zrada}}; {{lang-sk|Mníchovská zrada}}) juga digunakan kerana perikatan tentera Czechoslovakia dengan Perancis dan Britain terbukti tidak berguna. Hari ini dokumen itu biasanya dirujuk semata-mata sebagai Pakatan Munich (''Mnichovská dohoda'').