Kronometer marin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|Peti kronometer dwilaras [[Breguet (jam tangan)|Breguet.]] '''Kronometer marin''' merupakan sejenis ja...'
 
KLITE789 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:MIH-film12 color cerrected denoise.jpg|thumb|Peti kronometer dwilaras [[Breguet (jam tangan)|Breguet]].]]
'''Kronometer marin''' merupakan sejenis jam yang cukup persis dan tepat untuk digunakan sebagai [[piawaian waktu]] mudah alih, justeru ia boleh digunakan untuk menentukan kedudukan [[garis bujur]] secara [[pandu arah cakerawala|pelayaran cakerawala]]<!--celestial navigation-->. Sewaktu mula-mula dicipta pada abad ke-18, kronometer marin merupakan suatu pencapaian teknikal yang besar kerana pengetahuan waktu yang jitu adalah penting untuk pelayaran jangka masa panjang memandangkan tiadanya bantuan elektronik mahupun komunikasi. Kronometer sebenar yang pertama adalah hasil usaha sepanjang hayat oleh seorang lelaki bernama [[John Harrison]] yang tekun bereksperimentasi dan menguji selama 31 tahun yang merevolusikan pelayaran laut (dan udara) serta mempercepat [[Zaman Penemuan]] dan [[Kolonialisme]].
 
Istilah ''chronometer'' (yang dipercayai dicipta pada tahun 1714 oleh [[Jeremy Thacker]], seorang pesaing awal untuk hadiah yang ditawarkan oleh [[Hadiah Longitud|Akta Longitud]] pada tahun yang sama)<ref>{{cite book | author = Sobel, Dava | authorlink= Dava Sobel | title = [[Longitude: The True Story of a Lone Genius Who Solved the Greatest Scientific Problem of His Time]] | publisher = Penguin Books | pages = 56, 57 | isbn= 0-14-025879-5 |quote= Dismissing other solutions to the longitude problem, Thacker wrote "In a word, I am satisfied that my Reader begins to think that the ''Phonometers, Pyrometers, Selenometers, Heliometers'' and all the ''Meters'' are not worthy to be compared to my ''Chronometer''"}}</ref> kini lebih digunakan untuk memerikan [[Jam tangan kronometer|jam tangan yang diuji dan diperakui]] mencapai piawaian kepersisan tertentu. [[Jam (alat)|Jam-jam]] yang dibuat di [[Switzerland]] boleh tertera perkataan 'chronometer' hanya jika diperakui oleh [[COSC|COSC (Institut Pengujian Kronometer Rasmi Switzerland)]].