[[Fail:COLLECTIE TROPENMUSEUM Studioportret van Pakoe Boewono X Susuhunan van Solo TMnr 60034669.jpg|thumb|Pakubuwono X]]
'''Pakubuwono X''' (juga dieja '''Pakubuwana X''') atau panggilangelaran penuhnya, '''Sampeyandalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan Pakubuwana X''' (29 November 1866, Surakarta – 20 Februari 1939 Surakarta) ialah [[Susuhunan]] (raja) [[Kesunanan Surakarta|Surakarta]]). Zaman pemerintahannya selari dengan perubahan politik yang sedang berlaku di [[Hindia Timur Belanda]], khususnya dengan pegembangan organisasi politik tempatan seperti [[Budi Utomo]] dan [[Sarekat Islam]] yang dinanungi oleh beliau dan kerabat diraja yang lain. Diketahui bahawa Pakubuwono X mempunyai ramai gundik akan tetapi gundik utama beliau ialah GKR Hemas, puteri Sultan [[Hamengkubuwono VII]] dari [[Jogjakarta]]. Beliau terkenal sebagai penyumbang utama terhadap Makam Diraja [[Imogiri]] di mana beliau sendiri disemadikan.
Dalam [[bahasa Jawa]], gelaran beliau yang mengikut adat betul, '''Sampeyandalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan Pakubuwana X''', mengandungi banyak kata hormat yang ada diwarisi oleh raja pengganti. Pakubuwono X memerintah dari tahun 1893 sehingga 1939 dan merupakan raja pemerintah atau Susuhanan Surakarta yang memerintah paling lama.<ref name="royalark">http://www.royalark.net/Indonesia/solo8.htm</ref>