Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amy Gigsy (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
 
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran ''al-Syeikh al-Rais'' (Mahaguru Pertama).Perta
 
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
 
== Sumbangan ==
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara [[Islam]]. Bukunya [[Kanun Perubatan|''Al Qanun fi al-Tibb'']] ("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam [[bahasa Inggeris]] dengan judul ''Precepts of Medicine''. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti [[Itali]] dan [[Perancis]]. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
 
Baris 43 ⟶ 44:
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli [[falsafah]] yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul ''al-Najah'' yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan [[Tamadun keyunanian|Yunani]] khususnya [[Hippocrates]].
 
=== TeoriKETOKOHAN perubatanIBNU SINA DALAM PERUBATAN ===
 
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan ''humor'' iaitu [[darah]], lendir (''phlegm''), hempedu kuning (''yellow bile''), dan hempedu hitam (''black bile''). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.