Frank Lampard: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TorresChelsea96 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
TorresChelsea96 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 58:
 
Di peringkat antarabangsa, Lampard membuat 106 penampilan untuk England sejak penampilan sulungnya pada Oktober 1999, dan menjaringkan 29 gol antarabangsa. Dia telah diundi [[Pemain Terbaik Tahunan England]] dua kali berturut-turut pada tahun [[Pemain Terbaik Tahunan England|2004]] dan [[Pemain Terbaik Tahunan England|2005]]. Dia bermain di [[UEFA Euro 2004|Euro 2004]], dimana dia dinamakan dalam pasukan terbaik pertandingan selepas menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan. Dia merupakan penjaring terbanyak [[Pasukan bola sepak kebangsaan England|England]] ketika kempen kelayakan [[Piala Dunia FIFA 2006|Piala Dunia 2006]] dengan lima gol, dan bermain di tiga Piala Dunia. Dia merupakan pengambil sepakan penalti [[Pasukan bola sepak kebangsaan England|England]] paling prolifik dengan sembilan gol, mengatasi pemegang rekod sebelumnya, [[Ron Flowers]] dan [[Alan Shearer]].
 
==Karier kelab==
 
===West Ham United===
Lampard memulakan kariernya di [[West Ham United F.C.|West Ham United]], bekas kelab [[Frank Lampard, Sr.|ayahnya]], menyertai pasukan belia pada tahun 1994, idolanya semasa zaman persekolahan merupakan penyerang West Ham, [[Frank McAvennie]].<ref name="Macca">{{cite web | url=http://au.fourfourtwo.com/features/6852,to-be-frank-lampard.aspx |archiveurl=http://web.archive.org/web/20110220161305/http://au.fourfourtwo.com/features/6852,to-be-frank-lampard.aspx |archivedate=20 February 2011 | title=To be Frank...Lampard | publisher=FourFourTwo | accessdate=28 November 2013}}</ref> Lampard menyertai West Ham ketika ayahnya merupakan pembantu jurulatih, memasuki sebagai perantis dalam pasukan belia pada tahun 1994 dan menandatangani kontrak professional pada tahun berikutnya. Dia dipinjamkan kepada kelab [[Liga Bola Sepak Satu|Divisyen Kedua]] [[Swansea City A.F.C.|Swansea City]] pada bulan Oktober 1995, membuat penampilan sulung ketika kemenangan 2–0 kelab itu ke atas [[Bradford City A.F.C.|Bradford City]] dan menjaringkan gol pertama kariernya ketika perlawanan menentang [[Brighton & Hove Albion F.C.|Brighton & Hove Albion]]. Lampard bermain sembilan kali untuk Swansea sebelum kembali ke West Ham pada bulan Januari 1996.
 
====1995–96====
Lampard membuat kemunculan sulung untuk West Ham pada 31 Januari 1996 ketika menentang [[Coventry City F.C.|Coventry City]] masuk menggantikan [[John Moncur]].<ref name="1996Coventry">{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=3987&united=31_Jan_1996 | title=Game played 31 January 1996 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> Perlawanan lainnya pada musim itu datang ketika perlawanan terakhir liga, pada 5 Mei 1996, ketika seri 1–1 dengan [[Sheffield Wednesday F.C.|Sheffield Wednesday]]. Lampard masuk menggantikan [[Keith Rowland]] ketika perlawanan itu.<ref name="whustats">{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=2&ham=394&united=Frank_Jnr_Lampard | title=Welcome to the Wonderful World of West Ham United Statistics Frank Jnr Lampard | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref>
 
====1996–97====
Musim berikutnya Lampard memulakan perlawanan buat kali pertama untuk West Ham, pada 17 Ogos 1996, ketika kekalahan 2&ndash;0 di tempat lawan kepada [[Arsenal F.C.|Arsenal]] sebelum ditukarkan dengan [[Robbie Slater]].<ref name=whustats/><ref>{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=4005&united=17_Aug_1996 | title=Game played 17 August 1996 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> musim Lampard berakhir pada 15 Mac 1997 selepas kakinya patah ketika seri 0-0 ditempat lawan dengan [[Aston Villa F.C.|Aston Villa]]. Diusung keluar dari padang, [[Rio Ferdinand]] masuk menggantikannya pada minit ke-31. Dia juga mendapat kad kuning yang pertamanya sebagai pemain West Ham ketika perlawanan itu.<ref name=whustats/><ref>{{cite web | url=http://www.11v11.com/matches/aston-villa-v-west-ham-united-15-march-1997-22840/ | title=Aston Villa v West Ham United | publisher=www.11v11.com | accessdate=28 November 2013}}</ref><ref name="villaparkjeering">{{cite news | url=http://www1.skysports.com/football/news/11668/2385820/ | title=Lampard hits out at Hammers | publisher=www1.skysports.com | accessdate=28 November 2013}}</ref> Lampard mendakwa dia telah diejek oleh penyokong West Ham United, suatu tindakan yang membuat dia mempertimbang cadangan untuk meninggalkan bola sepak.<ref name=villaparkjeering/> Dia telah membuat 16 penampilan dalam semua pertandingan untuk The Hammers.<ref name=whustats/>
 
====1997–98====
Pada musim ini Lampard mengambil nombor 18 dalam skuad dimana sebelum ini dia memakai nombor 26.<ref name=whustats/> Ketika hari pertama musim 1997-98, West Ham membuka kempen mereka dengan menentang [[Barnsley F.C.|Barnsley]] di tempat lawan yang bermain buat pertama kali di peringkat tertinggi bola sepak Inggeris dalam tempoh 110 tahun. Lampard masuk menggantikan [[Eyal Berkovic]] pada minit ke-76. Tidak sampai seminit kemudian dia menjaringkan gol kemenangan untuk The Hammers selepas menerima bola dari [[Michael Hughes (pemain bola sepak)|Michael Hughes]] dan menendang masuk melepasi penjaga gol Barnsley [[David Watson (pemain bola sepak lahir 1973)|David Watson]].<ref name="9August1997">{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=4050&united=09_Aug_1997 | title=Game played 9 August 1997 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> Musim itu juga menyaksikan hatrik pertamanya. Pada 19 November 1997, West Ham bermain menentang [[Walsall F.C.|Walsall]] di pusingan keempat [[Piala Liga Inggeris 1997–98|Piala Liga]]. Tiga gol Lampard dan satu dari [[John Hartson]] sudah cukup untuk membenam Walsall.<ref name="19November 1997">{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=4066&united=19_Nov_1997 | title=Game played 19 November 1997 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> Lampard membuat 42 penampilan ketika musim 1997–98 dalam semua pertandingan dan menjaringkan sembilan gol.<ref name=whustats/>
 
====1998–99====
Lampard sentiasa ada untuk West Ham ketika musim 1998–99, membantu pasukannya menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana dan layak ke [[Piala Intertoto]].<ref name=whustats/><ref>{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=4&ham=1999&united=Premier_League_1998-99 | title=Premier League 1998–99 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref><ref name="HR">{{cite web | url=http://www.officialplayersites.com/managers/manager.php?id=32 | title=Harry Redknapp | publisher=www.officialplayersites.com | accessdate=28 November 2013}}</ref>
 
====1999–2000====
Sebelum permulaan musim, Lampard melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2005.<ref name="hv1999">{{cite web | url=http://www.highbeam.com/doc/1G1-60446027.html | title=Football: Lampard's cracker; West Ham United 1 Heerenveen 0.(Sport) | publisher=www.highbeam.com | accessdate=29 November 2013}}</ref> Musim West Ham bermula awal setelah melayakkan diri ke Piala Intertoto pada bulan Julai 1999. Pada 24 Julai 1999, Lampard menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah ketika seri 1–1 di tempat lawan dengan kelab Finland, [[FC Jokerit]].<ref>{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=4142&united=24_Jul_1999 | title=Game played 24 July 1999 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> Satu lagi gol ketika perlawanan separuh akhir menentang [[SC Heerenveen]]<ref name=hv1999/> meletakkan West Ham di perlawanan akhir menentang [[FC Metz]].<ref name=whustats/> Walaupun kalah 1-0 ketika peringkat pertama di London, West Ham menang 3–1 di Perancis pada 24 Ogos 1999 selepas jaringan dari [[Trevor Sinclair]], [[Paulo Wanchope]] dan Lampard.<ref>{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=4149&united=24_Aug_1999 | title=Game played 24 August 1999 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> Dengan memenangi pertandingan itu, West Ham layak ke [[Piala UEFA 1999-2000]]. Lampard menjaringakn gol pertamanya dalam pertandingan itu pada 16 September 1999, ketika kemenangan 3-0 di tempat sendiri menentang [[NK Osijek]], di mana mereka menang 6-1 secara agregat.<ref name="UEFA1">{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=5&ham=4186&united=16_Sep_1999 | title=Game played 16 September 1999 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref>
 
Musim ini juga menyaksikan West Ham membenam [[Bradford City F.C.|Bradford City]] 5–4 di [[Boleyn Ground|Upton Park]] pada bulan Februari 2000. Perlawanan ini dikenali kerana Lampard berebut untuk mengambil sepakan penalti dengan [[Paolo Di Canio]]. West Ham mendapat penalti ketika ketinggalan 4-2. Lampard merupakan pengambil sepakan penalti tetap West Ham. Walau bagaimanapun, Di Canio mahu mengambil sepakan itu dan selepas memenangi perebutan bola Di Canio menjaringkan gol penalti untuk menjadikan kedudukan 4-3.<ref name="Bradford54">{{cite book | url=http://books.google.co.uk/books?id=E0WUkWwx38AC&pg=PT93&lpg=PT93&dq=bradford+city+5-4+di+canio+lampard&source=bl&ots=wAkFGNi_If&sig=GqaDL7257cXSDxQdTfP1oxoRTbc&hl=en&sa=X&ei=pliWUrCFNtGTiAfsmoH4CA&ved=0CDcQ6AEwAjgU#v=onepage&q=bradford%20city%205-4%20di%20canio%20lampard&f=false | title=Harry Redknapp – The Autobiography | publisher=John Blake publishing | author=Harry Redknapp | isbn=9781843589426}}</ref><ref>{{cite news | url=http://news.bbc.co.uk/2/hi/sport/football/fa_carling_premiership/640512.stm | title=West Ham 5–4 Bradford City | publisher=BBC Sport | accessdate=28 November 2013 | date=12 February 2000}}</ref> Dia menghabiskan musim sebagai penjaring ketiga terbanyak di belakang [[Paolo Di Canio]] dan Paulo Wanchope, dengan 14 gol.<ref name="PL992000">{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=4&ham=2000&united=Premier_League_1999-2000 | title=Premier League 1999–2000 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref>
 
====2000–01====
West Ham menghabiskan sebahagian musim di pertengahan bawah liga pada musim 2000-01.<ref name=200001pl>{{cite web | url=http://www.westhamstats.info/westham.php?west=4&ham=2001&united=Premier_League_2000-01 | title=Premier League 2000–01 | publisher=www.westhamstats.info | accessdate=28 November 2013}}</ref> Dari tempat kelima pada musim lepas mereka mengakhiri musim di tempat ke-15. Walaubagaimanapun, Lampard menjaringkan sembilan gol daripada 37 perlawanan hanya di belakang [[Frédéric Kanouté]] dan Di Canio.<ref name=200001pl/> Pada bulan Mei 2001, bapa saudaranya, [[Harry Redknapp]], meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama selepas tujuh tahun bersama kelab itu.<ref name="AitchOut">{{cite news | url=http://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/premier-league/3005096/Redknapp-leaves-West-Ham.html | title=Redknapp leaves West Ham | work=Daily Telegraph | date=9 May 2001 | accessdate=28 November 2013 | location=London}}</ref> Ayahnya, Frank, juga meninggalkan kelab itu dan Lampard, di bawah tekanan kerana dikenali sebagai ''anak kepada Frank Lampard'' dan layanan buruk terhadap ayahnya oleh West Ham, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpindah ke kelab lain..<ref>{{cite news | url=http://www.telegraph.co.uk/sport/columnists/henrywinter/2426031/On-the-Spot-Frank-Lampard.html | title=On the spot – Frank Lampard | work=Daily Telegraph | date=29 November 2003 | accessdate=28 November 2013 | author=Winter, Henry | location=London}}</ref> Dia meninggalkan West Ham United untuk menyertai Chelsea dengan yuran £11 juta pada bulan Jun 2001, the Hammers sebelum ini menolak tawaran berganda £15 juta daripada [[Aston Villa F.C.|Aston Villa]] untuk mendapatkan Lampard dan Frédéric Kanouté.<ref>{{cite news| url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/1383370.stm |work=BBC News | title=Chelsea agree £11m Lampard deal | date=11 June 2001}}</ref>
 
==Rujukan==